Written by Bella | April 15th, 2019

MInggu lalu, viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang pelawak terkenal membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas di kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati, Nilai Negeri Sembilan, sehingga menyebabkan mangsa cedera teruk di bahagian muka, mulut dan pinggang.

Terbaru, pelawak berkenaan yang dikenali sebagai Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad mengaku bersalah melakukan kesalahan itu dan telah didenda sebanyak  RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, kes ini dianggap selesai kerana Lan sudah dihadapkan di mahkamah dan didenda.

Terdahulu, Lan dipercayai berang kerana ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan itu. Selain ditumbuk di muka sebanyak tiga kali dan ditendang pada pinggang, Lan juga bertindak membaling batu ke arah mangsa.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | April 15th, 2019

Tersebarnya video seorang pelawak membelasah warga emas menyebabkan Lan Pet Pet dikecam hebat oleh netizen.

Mengulas mengenai kontroversi yang melanda adik iparnya itu, pelakon Rozita Che Wan ataupun mesra dengan panggilan Che Ta menyatakan insiden yang menimpa Lan adalah satu fitnah besar yang sengaja ditimbulkan pihak tertentu.

Che Ta menganggap media sosial ibarat dajjal kecil punca fitnah berleluasa.

Sebenarnya insiden itu bukan perkara besar. Cuma sebab video itu menjadi viral. Lan pun elok sahaja buat persembahan dekat Johor sekarang. Instagram, Facebook seperti itu sebenarnya dajjal kecil.

Perkara seperti ini kalau kita tidak tahu hujung pangkal kedua-dua belah pihak, ia akan jatuh fitnah.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pelawak terkenal bertindak membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas. Pengawal itu ditumbuk tiga kali dibahagian muka dan ditendang dibahagian pinggang. Disebabkan itu netizen mula ‘menyerang’ Lan sehingga pakej umrah bersama pelawak itu juga tiada sambutan dan terpaksa dibatalkan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | April 12th, 2019

Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial apabila pelawak terkenal bertindak membelasah seorang pengawal keselamatan warga emas. Pengawal itu ditumbuk tiga kali dibahagian muka dan ditendang dibahagian pinggang.

Pelbagai spekulasi mula timbul mengaitkan nama Lan Pet Pen dalam insiden tersebut. Susulan itu, netizen mula mengecam beliau dan pada masa yang sama turut menggesa syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah bersama Lan untuk membatalkan kolaborasi mereka dengan artis tersebut.

Terbaru, pengarah agensi pelancongan Ambar Travel & Tours, Nor Aishah Idris berkata pihak mereka terpaksa menunda pakej umrah itu kerana tidak mendapat sambutan.

Pakej umrah itu sebenarnya bergantung pada jumlah peserta yang berminat. Mengikut syarat perjanjian, Lan perlu mencari peserta sendiri. Tapi bila sampai masa, pihak kami dan Lan sendiri gagal mengumpul peserta menyebabkan pakej umrah yang dipromosikan di Instagram itu terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Untuk pengtahuan semua, Lan Pet Pet bukanlah duta yang dilantik untuk syarikat kami. Mengikut perjanjian dan beberapa syarat yang ditetapkan, sekiranya Lan berjaya melaksanakan trip tersebut, baru dia dilantik menjadi duta.

Tambah Aishah, pihaknya belum menerima sebarang maklum balas daripada Lan mengenai kes melibatkan pelawak yang viral itu, namun mereka berlapang dada dan tiada niat untuk membesarkan isu tersebut.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | April 9th, 2019

Trauma dengan kejadian yang menimpanya sehingga cedera teruk, pengawal keselamatan, Yahya Manap atau lebih dikenali sebagai Pak Ya mungkin akan menyaman pelawak terkenal yang membelasahnya.

Sehingga hari ini, badan saya masih berasa sakit dan pening kepala kerana sukar tidur. Pemikiran saya kusut dan tidak dapat berfikir dengan baik.

Saya hanya berehat dan makan ubat. Mujur ada isteri dan anak yang menjaga saya di rumah.

Meskipun diberi cuti sakit selama tiga hari dan mendapatkan rawatan susulan, Pak Ya masih lagi menanggung sakit. Memang beliau boleh memaafkan perbuatan pelawak berkenaan tetapi kesan perbuatannya itu masih meninggalkan kesan yang mendalam buat Pak Ya.

Perbuatan dia (pelawak) saya boleh maafkan, tapi kesan akibat perbuatannya itu masih terasa sehingga hari ini. Saya mungkin akan ambil tindakan saman tapi bergantung kepada keputusan keluarga.

Terdahulu, Pak Ya menceritakan keadaan sebenar dimana  kereta Proton Perdana yang dipandu artis tersebut melulu masuk ke kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati Nilai, Negeri Sembilan tanpa kebenaran.  Hanya ingin menjalankan tugasnya, beliau mengekori lelaki itu memintanya membuat pendaftaran, tetapi sebaliknya berlaku apabila Pak Ya dibelasah teruk.

Sumber Berita : Harian Metro