Written by Bella | December 13th, 2017

Pelakon jelita Izara Aishah menjadi selebriti yang paling banyak dicara menerusi Google sepanjang tahun 2017.  Nampaknya Izara tidak perlu bimbang jika tidak aktif di media sosial kerana beliau sudah tersenarai paling popular di Google. Tidak dinafikan berita tentang pertunangan serta pernikahan beliau bersama Adib Khalid menambahkan lagi bilangan carian yang dilakukan oleh orang ramai.

Tempat kedua pula diungguli oleh pelakon Wonder Woman, Gal Gadot sementara pelakon baru Hannah Delisha berada di tempat ketiga. Turut tidak ketinggalan dalam senarai tersebut ialah Afifah Nasir,  Alicia Amin serta Fathia Latiff yang hangat dengan kontroversi masing-masing.


Khas buat pembaca BeautifulNara berikut kami sertakan juga senarai penuh drama tempatan yang popular pada tahun 2017 dengan membaca entri ini sepenuhnya :-

Siri Drama Tempatan Trending Google 2017

  • Hero Seorang Cinderella
  • Titian Cinta
  • Suamiku Paling Sweet
  • Andainya Takdir
  • Mencintaimu Mr Photographer
  • Biar Aku Jadi Penunggu
  • Isteri Tuan Ihsan
  • Duda Pujaan Dara
  • Sayang Papa Saya Tak
  • Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin