March 14th, 2011

noorkhiriah anak kedua

Semalam semasa Melodi Fara Fauzana telah mengumumkan yang pelakon Noor Khiriah telah selamat melahirkan anak keduanya. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Noor Khiriah. Harap-harap rezeki Noor Khiriah akan bertambah dengan kehadiran cahaya mata yang baru ini.

Bagi Abang Nara, Noor Khiriah adalah salah seorang artis yang sangat bagus dalam berlakon. Dan yang paling penting, Noor Khiriah naik kerana bakat dan mutu lakonannya. Bukan kerana gosip atau kontroversi murahan. Tak gitu? Harap Noor Khiriah akan berehat dan berpantang elok-elok dan kembali semula berlakon selepas sihat nanti.

Nanti kalau ada nama, gambar dan apa-apa info mengenai anak kedua Noor Khiriah akan Abang Nara updatekan. Tahniah sekali lagi. Jangan lupa undi Noor Khiriah untuk ABPBH2010.