August 21st, 2019

Bukan semua tumpang gembira dengan berita pertunangan pelakon Intan Najuwa bersama seorang usahawan yang 16 tahun lebih tua daripadanya. Pertunangan mereka menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

intan najuwa

Timbul juga spekulasi liar menuduh Intan memilih tunangnya hanya disebabkan harta dan melabelkan pelakon itu mata duitan.

Menurut netizen, jika bukan kerana duit, mengapa Intan tidak memilih jejaka yang sederhana sahaja serta mempunyai pekerjaan biasa-biasa.

intan najuwa bengang dituduh mata duitanintan najuwa mata duitan

Bengang dituduh dan difitnah, Intan tidak berdiam diri dan tampil membidas segala dakwaan netizen. Kata Intan, adakah netizen itu Tuhan? Senang sahaja mempertikaikan jodoh seseorang.

intan najuwaTerdahulu, Intan dalam satu kenyataan memberitahu, dia menerima lamaran kekasihnya disebabkan sikap matang dan memahami jejaka itu. Mereka juga cukup serasi bersama.

Kredit Foto : Furweds

August 20th, 2019

Pelakon Intan Najuwa telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan, Razrul Anwar Rusli, 38, yang 16 tahun lebih tua daripadanya pada Ahad lalu.

intan najuwa bertunang

Berkongsi foto sekitar majlis pertunangannya di akaun Instagram, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Intan dan semoga kekal sehingga ke jenjang pelamin dengan jejaka pilihan hatinya itu.

intan najuwa tunang

Bagaimanapun, ada segelintir netizen memberikan komen sinis mempertikaikan niat sebenar pelakon berusia 22 tahun itu bertunang dengan seorang yang lebih tua.

Netizen tanpa usul periksa menuduh Intan mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi.

Bercinta dengan orang lain,

bertunang dengan orang lain. Mesin

ATM

intan najuwaintan najuwa bertunangintan najuwa tunang kerana hartaintan najuwa dituduh mata duitan

Ikhlas terima lamaran. Sikapnya yang

matang dan memahami buat hati saya

terpikat

intan najuwa dan tunang

Intan dalam satu kenyataan memberitahu, sikap matang dan memahami membuatkan dia terbuka hati dengan ikhlas menerima lamaran jejaka tersebut.  Mereka juga cukup serasi bersama.

Sejujurnya kami tak rancang pun untuk bertunang. Tiba-tiba hati terdetik, saya teruskan sahaja. Lagipun ia benda baik. Selepas bawa jumpa keluarga dan mereka pun ok, mereka pun ngam.

intan najuwa bertunang usahawan

Kami dah lama kenal mungkin dalam satu tahun lalu. Kami bermula sebagai kawan sahaja kemudian bila dah lama-lama ia jadi serius.

Saya rasa dia lain daripada yang lain. Dia baik, matang, supportive dan yang penting dia sangat memahami jadual kerja saya.

Mereka sudah pun bertunang, jadi tidak perlu lagi pertikaikan apa-apa. Doakan yang baik-baik sahaja buat Intan dan tunangnya. Semoga hubungan mereka berdua akan dipermudahkan ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Furweds

August 19th, 2019

Jutaan tahniah diucapkan kepada pelakon utama drama Tuan Danial iaitu Intan Najuwa yang telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya pada Ahad lalu.

intan najuwa

Jarak perbezaan usia 16 tahun tidak menghalang pelakon wanita berusia 22 tahun itu bertunang dengan jejaka berusia 38 tahun yang merupakan seorang usahawan yang berasal dari Kedah.

Bagai pinang dibelah dua, Intan Najuwa dan tunangnya  kelihatan sama cantik sama padan mengenakan busana berwarna ungu.

intan najuwa bertunang

Semoga dengan pertunangan ini hubungan mereka berdua akan dipermudahkan ke jenjang pelamin.

Beberapa foto sekitar majlis pertunangan Intan Najuwa yang meriah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

intan najuwa bertunangintan najuwaintan najuwa tunangintan najuwa bertunang

Kredit Foto : Furweds