January 21st, 2020

Gara-gara menyuarakan perancangannya untuk melaburkan sebahagian wang RM100,000 dalam Forex , pelakon Puteri Balqis dikecam teruk netizen. Ramai yang tidak setuju dan berpendapat dia sepatutnya menggunakan wang sumbangan tersebut secara berhemah dan menumpukan kepada rawatan penyakitnya.

ibu puteri balqis dadah

Selepas timbul pelbagai isu dan spekulasi, Balqis “menghilangkan diri” apabila akaun Instagramnya ditutup dan ia mengundang persoalan dan kebimbangan di kalangan peminatnya. Akaun Instagram Balqis dipercayai telah dinyahaktifkan selepas tular rakaman pengakuannya mengenai Forex.

puteri balqis tutup akaun instagram

Terdahulu, ramai yang mempersoalkan skim Forex yang akan dilaburkan oleh Balqis dan ibunya nanti akan membazirkan wang yang diderma ikhlas oleh orang ramai. Lebih baik untuk memberikan wang kepada Balqis secara bulanan atau disalurkan terus kepada pihak hospital untuk dia mendapatkan rawatan.

Sumber Berita : mStar Online

January 19th, 2020

Sekitar minggu lepas, kita dikejutkan dengan kisah pelakon cilik popular iaitu Puteri Balqis yang kini hidup susah selepas mula sakit beberapa ketika dahulu. Orang ramai nyata hiba apabila melihat dia berjalan sekitar Kuala Lumpur bagi menjual bukunya untuk mendapatkan wang untuk menyara hidup dia dan ibunya.

puteri balqis

Terkesan dengan cerita hidup Puteri Balqis, ramai orang yang menghulurkan bantuan dengan membeli bukunya itu. Tak kurang juga, ada pihak yang telah mengumpulkan dana mencecah RM100,000 bagi meringankan beban pelakon kanak-kanak itu.

Selepas kisah hidup Aqish mula tular, Datuk Aliff Syukri tidak melepaskan kesempatan dan telah memanggil kedua beranak itu untuk datang ke rumahnya bagi ditemu bual.

puteri balqish mahu main forex

Ketika Aqish berkongsi tentang keperitan hidupnya itu, Aliff Syukri ada bertanya apa yang akan dilakukannya sekiranya mendapat dana yang telah dikumpul itu. Pada awalnya, pelakon itu berkongsi bahawa dia akan menyimpan duit tersebut dan memberikannya kepada yang memerlukan.

Yang membuatkan netizen garu kepala ialah apabila Aqish turut mengatakan bahawa dia akan melaburkan duit tersebut dalam FOREX. Apa?

aliff syukri temu bual puteri balqish

Sedutan klip video temu bual itu telah tular di sekitar laman Twitter di mana rata-rata netizen menyelar kenyataan kanak-kanak itu. Mereka juga tertanya-tanya kenapa Aqish tak sebut langsung nak guna dana tersebut untuk rawatannya. Kata sakit kan?

netizen marah puteri balqish

Selepas mendengarkan kenyataan daripada Aqish ini, kebanyakan netizen meminta agar dana tersebut tidak diberikan lump sum dan diberikan secara bulanan. Takut disalah gunakan pula!