August 14th, 2017

Perkembangan terkini dalam industri lakonan Malaysia, pelakon yang dianggap tidak berbakat atau ‘kayu’ dikatakan sering memegang watak utama dalam drama-drama popular dan memiliki ramai penonton.
Berbekalkan wajah kacak/jambu dan badan sasa pun sudah cukup untuk melayakkan pelakon-pelakon ini untuk memegang watak utama dalam drama-drama tertentu.

Pelakon Que Haidar baru-baru ini telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada para pelakon yang bersikap sambil lewa dalam menyempurnakan tugas sebagai pelakon. Kapsyen tersebut dimuat naik di akaun Instagram miliknya:

Sikap ambil mudah dan sambil lewa mereka, seolah-olah menghina aktor (dari segi lakonan/ pemilihan skrip/ pemilihan siapa yg ingin diangkat sebagai pelakon).

Saya sangat terasa terhina. Saya pernah mengupah jurulatih lakonan sendiri kerana pihak produksi tidak menyediakan jurulatih lakonan  menggunakan wang yang dibayar kepada saya dan saya juga pernah membuat persembahan monolog di rumah dan panggil rakan-rakan rapat menonton dan sekaligus bertukar pendapat tentang persembahan tersebut (skrip dan latihan sendiri).

Bagi saya, bila kita di set orang akan pandang kita sebagai pelakon profesional, nak belajar or bereksperimen dalam kelas, di set kita kena ‘JADI’. Tuan pengarah  tak ada masa nak ajar kita.

Begitulah seriusnya saya sebagai aktor, tolong tunjukkan sedikit rasa hormat, terutamanya pada kerja anda. JANGAN JADI SAMPAH/PELACUR DALAM INDUSTRI INI.
#aktor #anakseni #film #filem

Que sebelum ini ialah antara pelakon yang dilihat mengkritik mutu lakonan pelakon-pelakon baru dengan lantang.

Berikutan itu ada suara-suara yang mengatakan Que mengkritik pelakon-pelakon baru kerana cemburu dengan kelebihan-kelebihan yang diberi kepada mereka dan situasi ini tidak sama sewaktu Que mula mucul sebegai pelakon satu ketika dahulu.

Memberitahu mStar Online, dia bukanlah cemburu dengan mereka:

Tiada sedikit pun rasa cemburu atau iri hati dengan mereka-mereka ini (pelakon baharu), saya sangat sayangkan lakonan itu sendiri.

Jadi saya lihat kerja mereka ini seakan-akan mempermainkan dan memperlekehkan kerja seorang pelakon, saya sangat terasa, jadi saya rasa patut bersuara demi dunia lakonan itu sendiri dan industri kita.


Que juga berpendapat Seniman patut melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ‘pelakon kayu’.

Saya nak cadangkan pihak Seniman supaya senaraikan pelakon baharu yang kayu supaya wajib menghadiri kelas lakonan dalam masa setahun.

Selain itu, perlu ada sedikit garis panduan untuk stesen televisyen, penerbit dan pengarah yang sekarang ini kemaruk sangat dengan hanya memandang rupa paras dan pengikut laman sosial. Ini juga memberi peluang kepada mereka yang rasa diri kacak dan cantik tapi ‘kosong’ ini berilmu walaupun sedikit.

Siapakah sebenarnya dimaksudkan oleh Que? Jujurnya ramai juga pelakon kayu popular yang diperhatikan oleh penulis. Namun mungkin mereka bukannya tidak mahu memperbaiki diri, cuma mungkin ia mengambil masa. Anda rasa bagaimana? –beautifulnara.com

January 4th, 2017

Nama pelakon dan pengarah Rusdi Ramli tidak perlu lagi diperkenalkan, beliau sudah membintangi banyak drama, filem dan telemovie. Rusdi sudah cukup berpengalaman dalam bidang lakonan.

Melihat kepada lambakkan pelakon baru kini, Rusdi menerusi portal Harian Metro meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pelakon baru yang hanya mementingkan soal bayaran tetapi kualiti kerja mereka agak mengecewakan. Rusdi memberitahu, ada pelakon baru yang menetapkan bayaran sehingga RM 15,000 bagi satu telefilem sahaja.

Perkara ini memang wujud dalam industri kita sekarang. Mereka menetapkan bayaran yang tinggi bagi satu telefilem tapi komitmen kerja hanya empat hari berbanding kebiasaan selama seminggu.

Kalau kualiti lakonan itu bagus dan seperti apa yang diharapkan pengarah, saya okey lagi. Tapi ini tidak. Kadang-kadang ada di antara mereka yang sekadar melontarkan dialog tapi tak tahu apa yang disampaikan.

Pada masa yang sama, Rusdi juga merasa pelik dengan sikap pihak produksi yang lebih memetingkan jumlah pengikut artis dilaman sosial untuk ditawarkan berlakon. Buat Rusdi, jumlah pengikut itu tidak membantu seseorang artis itu mempunyai kualiti kerja yang bagus.

Perkara ini sudah menjadi satu trend. Apa yang saya perasan mana-mana artis yang mempunyai jutaan pengikut di Instagram lebih mendapat perhatian. Sedangkan kalau dikaji dengan betul perkara itu tak membantu dari segi kualiti kerja pun.

Pengikut mereka kebanyakannya nak mengetahui kisah peribadi saja. Bagi saya untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti jangan nak mementingkan rupa paras pelakon semata-mata. Tidak salah nak memberi peluang kepada pelakon yang betul-betul boleh berlakon dan menjayakan sesuatu watak dengan baik. Ada banyak pelakon sebegitu yang dipinggirkan.

Sekarang seseorang artis itu dikatakan popular berdasarkan jumlah pengikut mereka di media sosial. Buat sesetengah pihak lebih banyak pengikut artis itu maka lebih banyak yang akan menonton drama lakonan artis berkenaan. Tak gitu?

Sumber Berita : Harian Metro

November 5th, 2015

Sejak dua hari lepas pihak media melaporkan bahawa Ika Nabella, seorang pelakon baru telah membuat laporan polis kerana dipukul oleh seorang pengarah drama.

Dalam dakwaan itu, sumber yang menyaksikan kejadian tersebut memberitahu Ika telah ditumbuk secara bertubi-tubi pada bahagian badan dan muka ketika berada dalam set penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Kelang.Susulan dibelasah teruk,  Ika cedera pada bahagian mulut dan sehingga kini beliau tidak dapat membuka mulutnya.

Semuanya berpunca apabila pengarah itu merasa berang dan bertindak di luar kawalan kerana tidak dapat apa yang beliau inginkan daripada Ika.

Azma Aizal Yusoof. Gambar: Sinar Harian

Melalui mStar Online, pengarah yang dimaksudkan, Azma Aizal Yusoof, 33, menyifatkan laporan media yang dikeluarkan mengenai perbuatannya itu sudah ditokok tambah.

Ada sebab saya berbuat demikian. Saya pun baru sahaja memberi keterangan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan. Apabila kes selesai, saya akan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku.

Bagaimanapun, cerita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu sudah ditokok tambah.

 

Kata Azma dia tidak takut untuk menghadapi isu itu kerana Allah ada di sisinya.

Saya akan berdepan sahaja isu ini dalam apa-apa situasi pun. Allah sentiasa di sisi.

Dalam pada itu, saya juga bersyukur kerana diberi ketenangan dalam menangani masalah ini. Biarlah pihak sana ‘berkicau’.

Ika Nabella

Peristiwa ini telah menjadi kes polis, dan tidak dapat dipastikan apakah rentetan sebenar yang menyebabkan Azma memukul Ika. Rasanya tiada justifikasi untuk memukul orang lain selain sebagai pertahanan diri.

Sekiranya peristiwa ini benar berlaku ia agak mengecewakan kerana Azma dikenali dengan hasil kerja yang bermutu dan kreatif. Diharap semua pihak akan dapat mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah ini.

Inspitari kembali lagi…..Hujung minggu ini 7 & 8 November 2015 di Auditorium DBKLPAS MASUK PERCUMA akan diedarkan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 1 November 2015

February 16th, 2011

fathia

Abang Nara bab-bab perempuan cantik ini sememangnya memang cekap dan pantas. Nama pun lelaki. Tapi Abang Nara bukan mata keranjang. Abang Nara cuma setia pada yang satu. Dan tak salah rasanya untuk Abang Nara menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Di mata Abang Nara, Nur Fathia Abdul Latiff atau pun lebih dikenali dengan nama Fathia ini boleh menjadi salah seorang pelakon yang bakal menyerlah di tahun 2011 ini.

Tak kenal siapa Fathia? Kalau tak kenal maknanya anda tak tengok drama “Hani” yang sedang ditayangkan di TV3 setiap hari Selasa jam 9 malam. Abang Nara ada jugaklah tertengok sekali dua drama Hani. Not bad jugak lakonan si Fathia nie. Ada bakat. Maksudnya bukan mengharapkan rupa je. Beauty with a brain la kiranya si Fathia nie.

Buat yang tak tahu, Fathia masih lagi belajar Law di Uitm Shah Alam. Sambil menyelam sambil minum air, sambil belajar sambil berlakon. Harap-harap Fathia tak terlalu sibuk berlakon sampai tak sempat nak studi. Umur si Fathia ini baru berusia 23 tahun. Muda lagi orangnya. Semoga mutu lakonan Fathia akan meningkat naik seiring dengan penambahan usia kelak.

Fathia juga pernah berlakon drama Nur Kasih suatu ketika dahulu. Ushar punya ushar, Fathia rupanya dilahirkan di Penang. Patutlah ada muka anak mami sikit. Fathia juga merupakan sepupu kepada Farah Adeeba. Kiranya bakat seni Fathia sememangnya dah ada dalam darah keluarga mereka.

Abang Nara mendoakan agar Fathia terus maju dalam bidang lakonan. Yang penting elakkan kontroversi. Cuba jadi popular hanya dengan mutu-mutu lakonan yang mantap. Semoga terus sukses. Lagi gambar Fathia dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Bila manusia dah tak ada kerja.

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia

fathia