Written by Bella | December 6th, 2018

Berikutan banyak kes penipuan yang berlaku melalui panggilan telefon, bekas penyampai radio popular , Faizal Ismail berpendapat panggilan ‘prank’ ataupun palsu yang dibuat oleh stesen radio sudah tidak relevan lagi. Ia seakan meningkatkan lagi risiko penerima terpedaya dengan ‘scammer’.

Seperti yang berlaku baru-bari ini, ada pengikut di Instagram Faizal telah tertipu dengan taktik penipuan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai rakan penyampai radio itu di Hot FM.

Sejujurnya sewaktu mendapat kiriman mesej tersebut, saya sangat terkejut kerana suspek menggunakan nama saya dan mengaitkan dengan stesen radio Hot FM. Hal seumpama ini pertama kali berlaku dan saya sudah berpesan kepada mangsa bahawa panggilan palsu sebegitu adalah taktik scammer.

Bagi saya program panggilan palsu sudah tidak relevan pada zaman sekarang dan hanya sesuai pada waktu ia mula diperkenalkan sekitar 10 tahun lalu. Berbanding dengan sekarang, kita sangat terdedah dengan risiko kebocoran data peribadi oleh sindiket yang melakukan penipuan.

Contoh sudah ada dan ia berlaku pada saya sendiri. Sebolehnya, program panggilan palsu perlu dihentikan dan digantikan dengan program hiburan lain yang lebih selamat.

Sememangnya stesen radio tempatan gemar menampilkan segmen ‘prank call’ kerana ia dikatakan mampu menaikkan lagi rating. Namun, sejujurnya kadang-kala ada juga lawak yang tidak sensitif dan agak keterlaluan. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Faizal. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto : Khairul Azhar Ahmad