Written by Bella | December 6th, 2018

Berikutan banyak kes penipuan yang berlaku melalui panggilan telefon, bekas penyampai radio popular , Faizal Ismail berpendapat panggilan ‘prank’ ataupun palsu yang dibuat oleh stesen radio sudah tidak relevan lagi. Ia seakan meningkatkan lagi risiko penerima terpedaya dengan ‘scammer’.

Seperti yang berlaku baru-bari ini, ada pengikut di Instagram Faizal telah tertipu dengan taktik penipuan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai rakan penyampai radio itu di Hot FM.

Sejujurnya sewaktu mendapat kiriman mesej tersebut, saya sangat terkejut kerana suspek menggunakan nama saya dan mengaitkan dengan stesen radio Hot FM. Hal seumpama ini pertama kali berlaku dan saya sudah berpesan kepada mangsa bahawa panggilan palsu sebegitu adalah taktik scammer.

Bagi saya program panggilan palsu sudah tidak relevan pada zaman sekarang dan hanya sesuai pada waktu ia mula diperkenalkan sekitar 10 tahun lalu. Berbanding dengan sekarang, kita sangat terdedah dengan risiko kebocoran data peribadi oleh sindiket yang melakukan penipuan.

Contoh sudah ada dan ia berlaku pada saya sendiri. Sebolehnya, program panggilan palsu perlu dihentikan dan digantikan dengan program hiburan lain yang lebih selamat.

Sememangnya stesen radio tempatan gemar menampilkan segmen ‘prank call’ kerana ia dikatakan mampu menaikkan lagi rating. Namun, sejujurnya kadang-kala ada juga lawak yang tidak sensitif dan agak keterlaluan. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Faizal. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto : Khairul Azhar Ahmad

Written by Bella | December 19th, 2017

Segmen panggilan hangit memang cukup sinonim dengan stesen radio popular Hot FM. Malah, ia antara segmen yang mendapat perhatian utama pendengar setiap pagi.

Namun, panggilan hangit yang dibuat oleh stesen radio tersebut terhadap sukarelawan Zairi Zainal yang kini dalam siri jelajah basikal seluruh semenanjung Malaysia secara solo untuk melawat 320 buah masjid dan mengumpul derma untuk mereka yang memerlukan membuatkan netizen merasa berang dan menjadi isu yang sedang viral di media sosial kini.

Hot FM dianggap keterlaluan serta sengaja ingin mempermainkan misi jelajah Zairi apabila berpura-pura mahu menaja misi beliau tetapi ia sebenarnya cuma harapan palsu semata-mata atas tujuan ingin “prank” Zairi.  Susulan daripada isu tersebut, Hot FM tampil dengan kenyataan memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan serta meyinggung perasaan mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Zairi menerusi akaun Facebooknya juga memberitahu beliau sudah memaafkan stesen radio berkenaan dan meminta netizen untuk tidak terus mengecam Hot FM.

Kadang-kadang segmen “prank” ini boleh menghiburkan pendengar tetapi mungkin perlu ada batasnya agar ia tidak membuatkan hati orang lain tersinggung. Apa pula pendapat korang?

Sumber Berita : Hot FM & Facebook Zairi Zainal

Written by AbangNara | June 12th, 2014

Tahukah anda sejak kebelakangan ini ramai pendengar radio Hot FM melahirkan rasa kecewa, bengang dan tidak puas hati terhadap panggilan hangit yang telah dilakukan kepada isteri pemain bola sepak Terengganu, Nor Farhan Muhammad. Menariknya isteri Nor Farhan sepanjang menerima panggilan hangit tersebut ternyata tenang, tidak cuak dan tak marah-marah. Untunglah Nor Farhan dapat wife sebaik ini.

hotfm panggilan hangit nor farhan
Ramai yang menyatakan panggilan hangit tersebut melampau kerana seorang wanita (orang Hot FM) mengatakan dia terlanjur dengan Norfarhan dan kini sedang hamil hasil hubungan terlarang itu. Kemudian wanita berkenaan mendakwa Norfarhan enggan bertanggungjawab dan wanita berkenaan turut memberitahu dia kini berdepan masalah dengan tekanan dari keluarga.

Sehubungan dengan itu, Hot FM menerusi laman Facebook mereka telah membuat permohonan maaf dan memaklumkan bahawa panggilan hangit itu adalah permintaan daripada Nor Farhan sendiri.
hotfm panggilan hangit nor farhan

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita. Nak buat gurauan sebegini memang boleh tapi kenalah tidak melampaui batas. Nasib baik isteri Nor Farhan tak percaya, kalau percaya memang berat jadinya. Tak gitu?

P.S: Cinta yang sejati walau tanpa tangan dan kaki