November 11th, 2020

Menerima hadiah daripada pengacara terkenal Nabil dan isterinya, Zira Ayub sempena hari lahirnya, pengacara popular tanah air Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil zahir rasa gembira.

Menerusi sebuah posting di laman Instagram, Pak Nil dilihat terlalu teruja ketika membuka hadiah yang diterimanya.

“Seronok ada adik have-have ni kan! Terima kasih @nabilzira @zira.ayub bagi hadiah hari jadi yang mahal ini kepada Pak Nil. Semoga Allah limpahkan lagi kurniaan rezeki yang berlipat ganda atas kebaikan kamu berdua, Amin.”

Dalam video itu juga, jelas kedengaran hasrat Nabil mengatakan beliau memang  sudah lama berhasrat untuk menghadiahkan barangan tersebut buat pengacara itu.

Bahkan, selain kasut mewah yang diterimanya, memetik laporan Gempak, Pak Nil juga tidak terlepas mendapat haruman mewah daripda pasangan itu sempena hari istimewanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa terharu dengan perkongsian itu. Malah ada juga yang gembira melihat jalinan erat antara dua pengacara ini.

Untuk rekod, Pak Nil memasuki usia ke-58 nya pada 6 November iaitu Jumaat lalu.

Sumber: Gempak

July 21st, 2020

Akui ‘terasa’ dengan teguran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai sikap segelintir masyaarakat yang mula mengabaikan amalan ‘new normal’ dalam kehidupan, pengacara dan penyanyi Datuk Aznil Nawawi mengambil jalan sendiri ketika muncul dalam persembahan secara ‘live’ di sebuah program televisyen.

Aznil Haji Nawawi yang lebih mesra disapa sebagai Pak Nil dilaporkan terus menukar pakaian mewah kepada pakaian Personal Protective Equipment (PPE) dan telah menggunakan pelindung muka semasa membuat persembahan secara langsung di TV3.

“Mulanya Pak Nil nak pakai baju jenama Emporio Armani untuk program Muzik-Muzik (TV3) malam ni. Tapi selepas pengumuman perdana menteri mengenai kelonggaran kita menjaga operasi standard (SOP) sebab kita masih dalam PKPP, Pak NIl terus tukar plan dan pakai PPE ke studio semasa buat persembahan lagu Apo,”

Dia juga telah berkongsi mengenai perkara itu di laman instagram miliknya. Dalam pada itu, Pak Nil turut memuat naik beberapa keping foto sepanjang dia sedang mengadakan persembahan.

View this post on Instagram

#skuadkebaikanmilo @milo_malaysia @yayasanpesona

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

 Aznil yang hadir dalam usaha mempromosikan lagu terbaharunya bertajuk Apo itu turut sempat menyumbang beberapa pelitup hidung, mulut dan muka kepada kru penerbitan yang bertugas pada malam itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia telah tampil dalam memberikan perutusan khas mengenai kebimbangan beliau terhadap kemunculan 13 kluster baru jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh PKPP yang masih dilaksanakan kini.

Sumber : mStar Online

June 27th, 2020

Pengacara, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil dilaporkan akan melancarkan single lagu terbaru berujudul Apo pada Julai ini.

Lagu yang mengetengahkan isu buli siber itu merupakan hasil ciptann Archie Nasution dan Reza Ramsay dan untuk penghasilan liriknya pula, adalah hasil idea Pak Nil sendiri.

Pak Nil yang ditemui Media Hiburan turut memberitahu lagu tersebut diterbitkan atas dasar tanggungjawab sosial Yayasan Pesona miliknya sendiri serta ianya hasil kolaborasi bersama dengan Scifi Record dan Sony Music.

Yang istimewanya, single tersebut turut mengandungi lirik nama akaun Twitter Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Mainumah Iskandariah iaitu di bawah nama tweethandle Che Minah Sayang yang pernah digunakan Baginda sebelum ini.

 Single yang sepatutunya dilancarkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu menurut Pak Nil telah mengikuti beberapa prosedur dan telah mendapat perkenan dari Raja Permaisuri Agong sendiri.

“Saya ada bermesej dengan Raja Permaisuri Agong di Instagram dan ada maklumkan hal meletakkan nama akaun twitter Baginda dulu dalam lirik lagu ini. Saya mahu minta perkenan Raja Permaisuri Agong,”

Malah, Pak Nil telah memperoleh peluang untuk bercakap sendiri dengan Baginda Raja Permaisuri. Dia juga turut menjalani beberapa protokol menulis surat dan memohon perkenan dalam Istana Negara sebelum mendapat sendiri keizinan dari Permaisuri.

“Saya sendiri punyalah gementar sampai mengigil-gigil sebab nak bercakap dengan Baginda dalam telefon. Bayangkan boleh kejap tersasul bahasakan diri sebagai patik, kejap saya,”

 Pak Nil yang ditemui dalam sesi pradengar santai lagu berjudul Apo itu turut berrcita-cita mahu mendapatkan rakaman suara isteri yang Dipertuan Agong itu dalam lagu berkenaan. Malah, harapannya juga adalah untuk Permaisuri Agong sudi mencemar duli hadir melancarkan lagu Apo pada bulan Julai ini.

Dalam perkembangan lain, Pak Nil menganggap lagu ini bukan ‘comeback’ untuknya kembali ke persada dunia nyanyian. Dia yang sebelum ini pernah muncul dalam dua album bersama Pony Canyon dan KRU Music malah turut pernah menulis lirik lagu untuk penyanyi seperi A to Z, Amy Mastura, Min Malik dan kumpulan Kool hanya menghasilkan lagu ini atas dasar tanggungjawab sosial sesama insan.

January 7th, 2019

Disebalik kegembiraan perkahwinan Elfira Loy dan Faris, ada juga segelintir pihak yang memberikan pelbagai komen negatif mengenai pasangan itu selain masih mengaitkan pelakon wanita itu dengan bekas tunangnya.

Turut kurang senang dan terkesan dengan isu itu adalah pengacara popular Datuk Aznil Hj Nawawi. Menurut Pak Nil, netizen yang sering melontarkan kata-kata kesat kepada pasangan Elfaris bermakna mereka tidak merestui kehendak serta perancangan Allah SWT.

Elfira juga dilihat memberikan respon terhadap kenyataan Pak Nil dengan ucapan terima kasih buatnya. Benar apa yang dikatakan oleh Pak Nil, sepatutnya kita doakan yang baik-baik sahaja buat Elfaris semoga rumah tangga yang dibina bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Media Hiburan