May 21st, 2020

Bertapak kukuh dalam bidang lakonan, nama Emma Maembong kini bagaikan menyerlah hari demi hari. Meskipun pernah dilanda pelbagai kontroversi, namun Emma tetap tabah mengharungi setiap ujian yang menimpa dirinya.

emma maembongWalau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian umum apabila Emma yang juga selebriti terkenal tanah air ini langsung tidak suka untuk keluar membeli belah di luar.

Menurutnya, beliau hanya akan membeli pakaian secara dalam talian kerana perkara tersebut lebih memudahkan.

Advertisement

“Sebenarnya saya ni paling tak suka shopping.”

Selain tidak suka memilih pakaian di kedai, Emma juga difahamkan mahu mencari pengalaman yang berbeza.

emma maembong dan suami

“Biasanya memang buat online shopping sahaja. Tapi orang kata sekali sekala perlu juga keluar dan buat pembelian secara langsung. Barulah ada pengalaman yang berbeza.”

Emma berkongsi berita tersebut menerusi program The House 1 yang menyingkap kehidupan tiga beradik selebriti popular bersama adik dan kakaknya, Chacha Maembong dan Yaya Maembong.

Memang bertuah suami Emma, tidak perlu risau untuk tunggu isteri shopping berjam-jam di pusat membeli belah.

Sumber: Astro Gempak

Advertisement
July 12th, 2013

Kata-kata Igor Pezzeli, CEO kepada Lazada Malaysia, online shopping mall yang terbesar di Malaysia ini memang menarik perhatian Mawar Putih.

Ramadan adalah bulan yang disambut dengan penuh kesyukuran. Saat-saat ini perlu dinikmati bersama keluarga dan kawan-kawan dan bukannya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas atau bersesak-sesak membuat pembelian di pusat membeli belah. Dengan Lazada, pelanggan boleh melaksanakan semua urusan membeli-belah mereka melalui dalam talian tanpa masalah. Rangkaian produk Raya kami yang eksklusif sudah mula dijual pada 1 Jun 2013 yang lalu bagi membolehkan para pelanggan memilih dan menerima pembelian mereka dengan cepat tanpa perlu risau untuk menikmati kemeriahan Hari Raya nanti.”

Wah!, percaya tak, di Lazada terdapat hampir 20,000 produk yang terdiri daripada 500 jenama tempatan dan antarabangsa. Semuanya dijamin harga terendah. Memang rambang mata jugalah nak memilih. Mujurlah, Lazada menyediakan pencarian terus kepada barang yang ingin dibeli, disamping menyediakan kategori-kategori bagi setiap produknya. Kira memang senang dan menyeronokkan shopping di Lazada.Lazada bukan sahaja hebat dari segi produknya, malah perkhidmatan penghantarannya juga menarik. Kalau nak tahu, penghantaran adalah percuma ke seluruh negara* (*tertakluk kepada terma dan syarat). Dan kalau anda tidak berpuas hati dengan produk yang diterima, pulangkan kembali untuk digantikan dengan yang produk baru dalam tempoh 14 hari. Cash-on-delivery pun ada, hanya untuk pembelian di Lembah Klang dan sesetengah kawasan di Semenanjung Malaysia. Hebatkan…Tambah menarik, melalui “Lazada’s Promise Campaign”, setiap pembelian di Lembah Klang akan diterima dalam masa 2 hari, bermula dari pengesahan pembelian melalui telefon. Seriusnya “Lazada’s Promise Campaign” ini, Lazada akan menghadiahkan RM75 voucher tunai sekiranya mereka gagal menghantarkan produk pembelian anda dalam tempoh yang ditetapkan.Sempena ketibaan Syawal nanti, Lazada akan menambah ganjaran untuk pelanggannya melalui kempen “Syoknya Raya Bersama Lazada” yang menawarkan pelbagai produk bermutu seperti peralatan dapur, barangan bilik tidur, buku agama dan buku masakan, fesyen serta tawaran eksklusif barangan elektronik. Kira semuanya kelengkapan raya ni boleh didapati di Lazada. Tunggu apa lagi!, jomlah  bershopping di lazada.com.my. ~Pengalaman membeli belah online yang terkini, selamat dan menyeronokkan~

Advertisement

Jom tonton video ini untuk cara-cara membeli online di Lazada. Mudah jer rupanya.

Advertisement