Written by Bella | February 15th, 2018

Semalam, pihak JAKIM menerusi pegawainya, Dr Mohd Izwan Md Yusof memaklumkan prosedur pengesahan jantina Nur Sajat tergendala apabila mendakwa ada campur tangan serta halangan oleh pihak Sajat yang mengganggu proses tersebut.

Walaubagaimanapun, Sajat menafikan perkara itu dan mengakui beliau sudah mendedahkan identiti sebenarnya kepada JAKIM.  Namun, beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai “identiti sebenar” yang telah didedahkan itu.

Saya dah dedahkan mengenai identiti sebenar saya kepada Dr Izwan dalam pertemuan terdahulu. Ibu bapa saya juga telah memberi keterangan mengenai identiti saya kepada dia.

Terdahulu, Sajat dan JAKIM bersetuju untuk mengendalikan beberapa proses untuk untuk mengenalpasti identiti Sajat secara rasmi dan segala prosedur dijangkakan selesai dalam tempoh sebulan paling minimum.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 30th, 2018

Isu Papagomo yang tidak berpuas hati dengan jantina sebenar ushawan kosmetik Nur Sajat seakan tidak akan ada penghujungnya. Bermula dengan membuat aduan kepada pihak JAKIM,  kini Papagomo membuat dakwaan menuduh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil mudah tentang status jantina Sajat.

Menerusi sebuah video yang tersebar,  Papagomo telah menelefon JPN dan membuat aduan tentang pemalsuan Kad Pengenalan Sajat.

Walaubagaimanapun, usaha Papagomo gagal dan pegawai JPN meminta beliau mengemukakan bukti yang kukuh atas dakwaannya itu dan akan menyiasat perkara itu terlebih dahulu.

Mungkin sudah lama diganggu, Sajat menerusi Live di Instagram menyifatkan Papagomo tidak ubah seperti haiwan ganas berkeliaran mengganggu manusia dan kenyataan provokasi yang dilakukan hanya untuk mencari publisiti murahan.

Tidak pernah ganggu ataupun melayan setiap mesej yang dihantar oleh Papagomo, Sajat  berharap beliau cepat bertaubat dan tidak lagi iri hati dengannya.

Terdahulu,  Papagomo memberitahu beliau  telah menerima melalui pesanan WhatsApp dan DM dari orang ramai mengenai video-video tentang pengakuan Sajat dan ibu bapanya, serta salinan kad pengenalan membuktikan jantina Sajat adalah seorang lelaki.

Written by Bella | January 24th, 2018

Boleh dikatakan setiap hari nama Nur Sajat dikritik dan dikecam apatah lagi kes pengesahan jantina beliau yang dalam siasatan pihak JAKIM belum selesai.  Aksi mesra beliau bersama kekasih hati Coach Yin juga antara topik hangat yang sering menjadi perdebatan di media sosial.

Sebagai manusia biasa, Sajat juga mempunyai hati dan perasaan. Pastinya ada yang tertanya bagaimana beliau boleh terus tampil tersenyum dan bersabar dengan walaupun sering dilemparkan dengan kata-kata negatif.

Berikut antara tips yang dikongsikan Sajat untuk terus “kebal” dan bahagia meskipun menjadi mangsa kecaman netizen :-

  1. Jangan tertekan dan terus membaca komen netizen kerana tidak semua orang berpuas hati dengan apa yang kita lakukan terutamanya bab kerjaya, penampilan dan kebahagiaan.
  2. Jangan terlalu ambil serius dengan setiap kata-kata netizen. Apa yang penting hanya kita dan ahli keluarga mengenali diri kita yang sebenar.
  3. Perlu bijak menapis kata-kata atau nasihat daripada siapa. Jika dibandingkan dengan ahli keluarga dan orang luar lebih baik utamakan orang yang selalu support dan beri semangat pada kita terlebih dahulu.
  4. Jangan lupa untuk beristigfar, selawat dan dekatkan diri pada Sang Pencipta walaupun betapa modennya diri kita.

Sumber Berita : Media Hiburan