Written by Bella | March 15th, 2016

Norman Hakim antara selebriti yang mempunyai susuk tubuh badan sasa dan ini membuka peluang untuk beliau menjadi duta beberapa produk .

Namun ia tidak bermakna Norman menerima semua tawaran begitu sahaja. Menerusi portal BH ONLINE Norman akui pernah ditawarkan menjadi model seluar dalam.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang lelaki Melayu yang beragama Islam beliau menolak tawaran itu  secara baik kerana tahu batas-batas sebagai seorang Muslim.

Kebanyakkan tawaran yang datang daripada syarikat antarabangsa meminta saya memperagakan pakaian sukan melekat di badan. Pada masa sama, ada juga beberapa syarikat tempatan yang turut menghulurkan tawaran sama.

Insya-Allah, saya juga merancang untuk mengeluarkan produk serupa di bawah jenama sendiri. Jika hendak difikirkan dari sudut membina rangkaian baharu, tawaran itu memang bagus. Bagaimanapun, saya takkan memakai pakaian bersaiz kecil seperti seluar dalam.

Kami cukup hormat dengan pendirian Norman Hakim untuk tidak terlibat dalam sesuatu tawaran yang akan menimbulkan fitnah dan kritikan daripada masyarakat.

Sumber Berita : BH ONLINE