January 21st, 2020

Dugaan yang menimpa pelakon cilik, Puteri Balqis baru-baru ini telah mendapat perhatian netizen dan ramai juga rakan-rakan artis yang simpati dengan nasibnya.  Bukan sahaja sakit, dia juga terpaksa menjual buku puisinya di jalanan demi menampung kehidupan.

puteri balqis

Ramai juga yang tampil membantu sehingga sumbangan yang diterima oleh Balqis  mencecah lebih RM100,000. Malah, kesemua buku puisi juga sudah habis dijual.

Namun, disebalik kisah viral kesempitan hidupnya, timbul pelbagai spekulasi dan cerita yang kurang enak didengar.

Terbaru, seorang pemuda menerusi akaun Twitter yang mengaku dirinya sebagai bapa saudara Balqis mendakwa kanak-kanak itu sebenarnya hidup menderita. Didera oleh ibu bapanya yang hanya mempergunakan dirinya untuk mengaut keuntungan. Semuanya kerana duit semata-mata.

Balqis didera, dipergunakan untuk duit

puteri balqis dera puteri balqis didera puteri balqis forex puteri balqis

Lelaki itu juga mendakwa bapanya sering memukul Balqis. Namun, selepas bercerai bapa Balqis dikatakan hidup merempat dan tinggal di bawah jambatan.

Sejauh mana kebenaran disebalik dakwaan Balqis ini tidaklah kami ketahui. Namun, tidak dinafikan kisahnya mengungkapkan seribu satu cerita yang menjadi persoalan netizen. Lebih membuatkan netizen tertanya-tanya, mengapa kini Balqis tiba-tiba menghilangkan diri dan menutup akaun Instagramnya. Apa-apa pun, kami harap akan akan penjelasan daripada pihak Balqis agar tidak timbul lagi sebarang spekulasi liar.

 

 

Advertisement
January 17th, 2020

Kisah hidup lara Puteri Balqis cukup hangat diperkatakan. Kerana desakan hidup, dia terpaksa menjual buku puisi sekitar Kuala Lumpur untuk menampung kehidupan. Namun, selepas kisahnya viral timbul pula kontorversi mengatakan ibunya dan bapa pelakon cilik itu adalah penagih dadah.

ibu puteri balqis dadah

Tidak mahu spekulasi liar terus tercetus, ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz menafikan dia dan bekas suami terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Menurutnya, ia adalah fitnah yang sengaja dilemparkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang sengaj mengeruhkan lagi keadaan dilaluinya sekarang dan menambah lagi duka dalam kehidupan mereka anak beranak.

Saya dan Aqish (Balqis) jadi penat dengan fitnah ini. Berat sangat dugaan kami. Janganlah fitnah saya begini.

puteri balqis

Saya tidak pernah ambil dadah atau buat perkara itu di lokasi penggambaran. Jangan disebabkan penampilan saya yang kurus dan ‘serabai’ orang fitnah saya sedemikian rupa. Saya tidak ada masa nak bersolek dalam keadaan anak saya sebegitu.

Norashikin pada masa yang sama turut menegaskan sepanjang dia dan bekas suami bersama, mereka tidak pernah terlibat dengan dadah. Segala dakwaan itu tidak benar dan Puteri Balqis juga sangat sedih dengan tuduhan tersebut.

puteri balqis bersamamu

Saya juga nak pertahankan bekas suami yang dituduh ambil dadah. Walaupun kami bukan lagi suami isteri, fakta salah mengenainya saya kena betulkan. Sepanjang kami bersama, tidak pernah ambil dadah.

Kalau tidak ada apa yang baik untuk diperkatakan mengenai kami, janganlah sampai fitnah. Selama 10 tahun saya dan bekas suami terbabit dalam bidang ini, tak pernah pun nak ambil dadah. Aqish sangat sedih dengan perkara ini.

ibu puteri balqis dadahTerdahulu, Puteri Balqis menerusi satu luahan di akaun Instagramnya turut menafikan dakwaan ibunya seorang penagih dadah seperti yang dituduh oleh seorang individu dipercayai ahli keluarganya.  Fizikal ibunya kurus kerana tidak cukup tidur dan mengalami tekanan perasaan, berdepan dengan pelbagai masalah hidup termasuklah episod perceraian yang mengganggu emosinya.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement