Written by AbangNara | September 10th, 2017

Cekap sungguh mata para netizen yang mengikuti Nora Danish di Instagram. Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pelakon tersebut ketika menghadiri majlis perkahwinan Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella, perubahan tubuh badan dan bahagian perut Nora Danish yang kelihatan seperti ada “baby bump” telah menjadi topik perbualan para netizen.

nora danish mengandung

Malah ada netizen yang telah membuat tanggapan sendiri dan terus mengucapkan tahniah kepada Nora Danish dan Nedim Nazri. Fuh!!! Memang ramai yang tak sabar nak melihat Nora danish mengandung. Sabar ye semua. Selagi belum ada pengesahan daripada empunya badan, kita doakan yang baik-baik sahaja. Semoga Nora dan Nedim dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata.

nora danish mengandung

Apa-apa pun, Abang Nara percaya yang Nora dan Nedim pasti akan berkongsi berita kehamilan apabila mereka sudah bersedia. Sama-sama kita nantikan. Lagi beberapa gambar terbaru Nora Danish dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | February 15th, 2017

Menjawab segala persoalan peminat tentang hala tuju hubungannya dengan Nedim Nazri, pelakon Nora Danish mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan kekasihnya itu pada tahun ini. Namun, buat masa ini Nora masih belum bersedia untuk bercerita lebih lanjut tentang majlis raja seharinya itu.

Ya saya memang akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. Insya-Allah jika semuanya sudah selesai saya bersedia untuk menguar-uarkan kepada semua. Jangan risau saya pasti berkongsi berita gembira ini.

Ditanya adakah benar beliau bakal melangsungkan perkahwinan selepas Aidilfitri nanti, Nora bagaimanapun tetap enggan menjawab perkara berkenaan. Menurut Nora, beliau akan memberikan fokus kepada perniagaan beliau dan memperlahankan aktiviti seni selepas berkahwin nanti.

Selepas berkahwin saya mahu memberi fokus kepada perniagaan pula. Kalau berlakon pun tak kerap macam sekarang. Cuma kalau boleh tahun ini saya nak berlakon sebuah drama bersiri. Bagi saya ia perlu bagi mengekalkan nama dalam industri. Tambahan pula saya memiliki perniagaan, jadi saya tak boleh berhenti terus.

Semoga segala perancangan Nora untuk berkahwin berjalan dengan lancar. Dah lama juga kan beliau bercinta dengan Nedim, harapnya mereka berdua kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | January 18th, 2016

Sekitar minggu lepas, Nora Danish ada meluahkan hasratnya untuk berkahwin agar tidak lagi menjadi mangsa kontroversi dan antara lelaki yang beliau rasa sesuai tentu sekali  Nedim Nazri.

Kecoh juga lah cerita Nora hendak tamatkan zaman solonya lebih-lebih lagi selepas pereka fesyen, Ashraff Zainal memuat naik beberapa foto Nora menggayakan busana perkahwinan dengan kapsyen yang penuh tanda tanya.

Ada juga sumber mengatakan, Nora sememangnya bakal bergelar isteri tidak lama lagi.

Melihat foto-foto Nora yang cukup anggun dalam busana pengantin serba putih dan cantik, ada peminat yang sudah mengucapkan tahniah.

Rasanya macam ramai dah boleh agak siapa yang akan menjadi suami Nora bukan? Hehe..Tunggu sahajalah pengumuman perkahwinan dibuat oleh Nora sendiri.

Sumber Berita: Instagram Ashraff Zainal

 
Written by Bella | September 10th, 2015

Antara selebriti yang ceritanya sering menjadi bualan ramai adalah Nora Danish, tidak dapat dinafikan tahun ini memang banyak kontroversi dan gosip mengenai beliau terutama sekali tentang kisah cinta beliau.

Sebelum ini semasa beliau masih begelar kekasih kepada Nedim Nazri, boleh kata hampir setiap hari Nora akan berkongsi apa yang beliau lakukan bersama kekasihnya itu termasuklah meluahkan kata-kata yang “sweet” dan romantis. Walaubagaimanapun, bukan semua orang yang senang melihat  mereka berdua bahagia, ada pihak yang mendakwa Nora terlalu mendedahkan kisah cintanya kepada umum.

Namun, Nora menganggap mereka cuma cemburu dengan beliau. Niat sebenar beliau memberitahu Nedim adalah kekasihnya kerana ingin mengelak fitnah.

Saya akui kesilapan itu. Dilihat terlalu asyik bercinta juga tidak elok. Mungkin lebih bagus selepas ini, saya memilih untuk tidak berkongsi semuanya kepada orang ramai. Selama ini, saya memberitahu kepada umum bahawa Nedim adalah kekasih saya hanya untuk mengelak fitnah.

Biar orang tahu hati saya sudah dimiliki kerana lima tahun menjanda, ramai yang beranggapan saya hanya mengharapkan kasih bekas suami, Jejai. Sebab itu, tidak mahu bercinta lagi. Padahal, saya ada kekasih cuma tidak mahu menunjuk-nunjuk. Apabila terlalu berkongsi macam sekarang, lain pula jadinya.

Buat Nora, media sosial  kini sudah menjadi gelanggang untuk orang ramai mencari kesalahan seseorang dan dengan mudah mereka memberikan komen yang agak kasar sekaligus mencalarkan imejnya.

Berbicara mengenai perpisahan beliau bersama Nedim baru-baru ini, Nora menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan air mata atas apa yang sudah berlaku mahupun merasa sedih kerana mereka membuat keputusan membawa haluan masing-masing dengan baik.

Benda ini buat saya kuat. Perpisahan saya dengan Nedim sebenarnya dibuat secara baik. Kami juga masih berjumpa kerana saya tidak mahu bergaduh. Saya akan menjadi kawannya seperti biasa, tidak berdendam. Semua ini, kami buat untuk kebaikan masing-masing. Tentang perasaan, saya tidak pernah bersedih kerana ia tidak berpunca daripada orang ketiga tetapi atas kerelaan masing-masing.

Baguslah kalau Nora Danish tidak mahu bermusuh dengan Nedim Nazri. Boleh tahan kental juga kan hati Nora ni, orang lain kalau dah bercinta bagai nak rak bila putus je confirm lah sedih dan menangis kaw-kaw. Heh?

Sumber Berita: Utusan Online