March 23rd, 2016

Agak cemburu juga kami melihat Nora Danish dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta dengan bercuti bersama-sama di Iceland.

Lebih seronok lagi percutian kali ini disertai oleh anaknya Rayqal dan kekasih hati Nedim Nazri.

Berdasarkan foto yang dimuat naik oleh Nora di Instagram miliknya, pemandangan di Iceland cukup indah lebih-lebih lagi dengan cuaca sejuk.

Jom layan beberapa lagi foto sekitar percutian Nora di Iceland dengan membaca entri ini sepenuhnya.