November 14th, 2014

Abang Nara pelik juga kenapa sesetengah manusia nak cemburu dengan hubungan baik seseorang. Sepatutnya kita turut sama bergembira apabila melihat orang lain mempunyai hubungan kekeluargaan yang mesra. Tak kiralah dengan keluarga sendiri ke, bekas keluarga mertua ke. Kesian Abang Nara kepada Nora Danish yang tak habis-habis dihentam kerana masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas keluarga mertuanya. Pelik pun ada juga dengan manusia yang tak senang melihat kebahagiaan orang lain.

nora danish

Sepatutnya kita kena rasa terharu dan bangga kerana Nora serta bekas keluarga mertuanya masih mengekalkan hubungan baik walaupun Nora bukan lagi isteri kepada Jejai. Bukan senang nak buat macam itu. Lagipun kita kena faham yang Nora mempunyai seorang anak yang merupakan cucu kepada Raja Nora dan Tan Sri Ramli Ngah Talib. Jadi tak pelik sekiranya hubungan mereka masih kekal baik sehingga ke hari ini. Kata Nora menerusi Kosmo:-

Orang boleh komen apa sahaja di Instagram saya, ada yang puji dan ada yang kutuk. Jika sentuh tentang diri saya sahaja, saya tidak kisah.

Namun, tidak perlulah membangkitkan isu yang saya terhegeh-hegeh dengan keluarga mertua. Walaupun saya dan bekas suami sudah berpisah tetapi mereka tetap keluarga saya. Tidak salah untuk saya berkongsi kasih sayang dengan mereka.

Mungkin dahulu kami mempunyai masalah tetapi hari ini, kami semua bahagia dengan kehidupan masing-masing. Jadi, tolonglah jangan ganggu kebahagiaan kami semua

Hubungan Nora dengan Fasha juga sudah lama pulih. Memang tak ada masalah. Benda dah lama berlalu tetapi masih ramai lagi yang nak mengungkit. Malah Nora mengakui yang anaknya, Rayqal begitu menyayangi kedua-dua adik tirinya. Kata Nora lagi:-

Rayqal merapatkan hubungan kami semua. Walaupun hak penjagaan diberi kepada saya tetapi Rayqal akan tinggal secara bergilir di tiga buah rumah iaitu rumah saya, Jejai dan bekas keluarga mertua.

Jadi, kami selalu berhubung. Terbaharu, apabila Fasha melahirkan anak keduanya, Rayqal antara orang yang paling teruja. Walaupun dia agak manja tetapi dia langsung tidak cemburu sebaliknya cukup sayang dengan dua orang adik tirinya itu

nora danish

Seharusnya sebagai seora ng manusia normal, kita turut sama bergembira melihat kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh Nora Danish dan keluarganya. Tak perlu nak cemburu buta. Malah kita patut turut sama mendoakan agar kebahagiaan ini berkekalan sehingga bila-bila. Kepada Nora, kekalkan hubungan baik anda dengan bekas keluarga mertua. Jangan pedulikan kata-kata orang lain. Tahniah kerana terus berusaha mengeratkan hubungan silaturahim walaupun sudah tidak bergelar isteri kepada Jejai. You have my respek!!!

P.S: Besarkan payudara ke saiz F untuk cari teman lelaki.

July 25th, 2013

Respek!!! Ternyata tiada lagi keruh di dalam hubungan Nora Danish dan Fasha Sandha apabila Nora mengesahkan yang mereka akan beraya bersama-sama kelak. Tak sabar rasanya untuk melihat gambar mereka berdua bermaaf-maafan di pagi raya. Pasti klasik!!!

nora danish

Abang Nara perasan yang hubungan mereka semakin rapat semenjak Fasha melahirkan anaknya, Rayfal. Memang betullah orang kata anak ini penghubung kasih sayang. Kata Nora Danish kepada portal GUA:-

Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mertua saya di Perak dan selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal bercuti pula. Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya pada hari raya pertama di rumah bekas mentua di Perak.

Lagipun saya memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti Rendang Tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama. Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana

nora danish

Lagi satu perkara yang Abang Nara respek megenai Nora Danish ialah keupayaannya menjaga hubungan antara dirinya dan bekas mertua. Bukan semua wanita mampu berbuat demikian. Hanya mereka yang benar-benar tabah dan cekal sahaja akan berjaya. Apa pun, buat Nora dan Fasha, jangan lupa kongsikan gambar anda bersalaman di pagi raya kelak.

P.S: Mazda3 2014 bermula dengan harga $16,945 di US

July 16th, 2013

Akhirnya tuan punya badan bersuara jua. Pasti Nora Danish sendiri tidak tahan dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya. Ini semua gara-gara Nora berkongsi gambar dirinya mengerjakan solat terawih menerusi Instagramnya sehingga dikatakan ingin menunjuk-nunjuk.

nora danish berterawih

Seperti yang Abang Nara jangkakan, memang Nora Danish tiada niat ingin menunjuk-nunjuk. Kata Nora kepada Sinar Harian:-

Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja. Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat.

Rata-rata peminat saya menyokong apa yang saya buat, jadi belum sempat saya membalas, mereka telah dahulu serang ‘dia’. Jadi saya lebih senang diamkan diri dan biarkan sahaja, lagipun saya ada peminat dan pengikut yang sayangkan saya

nora danish tarawih

Sukar sebenarnya menjadi selebriti di Malaysia ini. Kongsi gambar pergi sembahyang kena kritik tak ikhlas. Kongsi gambar keluar malam kena kritik terlalu sosial. Memang boleh pening kepala dibuatnya. Nasib baik la Nora nie jenis tak kisah sangat. Yang lagi seronok apabila Nora memberitahu hubungannnya dengan Fasha memang sudah baik.

Hubungan kami sudah okey dan berjalan dengan baik, tetapi masih ada yang seperti cuba melaga-lagakan kami berdua. Ada sahaja cerita-cerita kurang enak tentang kami kedengaran, saya tidak mahu kerana mereka, kami nampak seperti bergaduh pula. Sedangkan kami sudah berkawan seperti biasa.

Semoga di bulan baik ini, hubungan Fasha dan Nora akan bertambah rapat dan mesra lagi. Nanti hari Raya jangan lupa kongsi gambar anda berdua. Pasti seronok melihat mereka berdua bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi Hari Raya. Tak gitu?
glutacellP.S: Jom tampil berseri dan menarik di Hari Raya ini dengan Gluta Cell. Terbukti berkesan dalam 14 hari sahaja. Gluta Cell dapat menghilangkan bintik-bintik hitam serta parut dari kesan jerawat. Sangat sesuai untuk wanita yang sudah berumahtangga, sebagai supplement tambahan. Jangan bertangguh lagi, jom beli segera di www.azaleadenaturale.com.