Written by serenity | October 11th, 2013

Susulan dari laporan mengenai Fauzi Nawawi yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Noni AF5 seperti yang dilaporkan Harian Metro semalam, mStar Online melaporkan hari ini yang aktor itu memberitahu dirinya rasa malu dikaitkan dengan wanita yang bukan isterinya:-

Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal.

Rasa macam tak logik saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama Aiman Tempe, Jentera Jenteng Pilihan Raya dan Kiambang sahaja dengannya.

Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd.

Ceritanya lagi, Lisdawati sudah faham isu seperti ini dan tidak hairan, kerana Lisda sering bersama dirinya dan Noni semasa membuat promosi produk. Fauzi juga bimbangkan reaksi teman lelaki Noni terhadap gosip tersebut:-

Tetapi apa pula kata teman lelaki Noni apabila isu ini menjadi serius? Saya harap gosip saya berskandal dengan wanita lain tidak lagi diberitakan. Cukup-cukuplah. Anak-anak saya pun dah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan.

Sementara itu, Noni dikatakan baru saja menyambut ulang tahun kelahiran teman lelakinya seperti yang dikongsikan di Instagram beliau:

 photo Screen-Shot-2013-10-10-at-113553.png
 photo Screen-Shot-2013-10-10-at-122350.png

Untunglah Fauzi kerana Lisda sentiasa setia disisinya atas dasar kepercayaan walaupun bukan sekali ini saja gosip tentang Fauzi mempunyai skandal timbul. Tahniah diucapkan.

Written by serenity | October 10th, 2013

Pelakon Fauzi Nawawi mendidik ramai pelakon baru dalam bidang lakonan, namun baru-baru ini dia dikatakan menjalin hubungan dengan Noni AF5, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin.

Hari ini Harian Metro melaporkan yang Noni mendakwa ianya sekadar hubungan profesional.

Hubungan kami rapat atas dasar kerja dan tidak lebih daripada itu. Saya juga ‘anak didik’ Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan.

Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?

Menurut Noni, dia mula mengenali Fauzi ketika menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia tahun ini, dan pada masa itu Fauzi turut ditemani isterinya, Lisdawati. Fauzi memberitahunya yang dia ada pakej yang lengkap untuk menjadi pelakon dan menawarkan Noni untuk berlakon dalam drama arahannya.

Tambah Noni lagi Fauzi seorang yang tegas ketika bekerja kerana inginkan hasil terbaik untuk drama, dan Noni turut menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat menimba ilmu melalui pelakon hebat seperti Fauzi.

Manakala dia juga turut rapat dengan Lisdawati yang dianggap seperti kakak. Dia berharap dirinya tidak akan dikaitkan mempunyai hubungan dengan Fauzi lagi kerana tidak mahu mengguris hati keluarganya.

Baguslah Noni kerana awal-awal menyatakan pendirian sebegini, kalau perkara tidak benar tidak ada apa yang perlu ditakutkan dan nyatakan saja ‘tidak’, bukan? Mudah saja.