Written by AbangNara | May 24th, 2010

awak busuk

Rasa nak tergelak pun ada bila baca suratkhabar semalam. Kecoh betul pasal Noh Hujan yang kurang ajar cakap peminat dia busuk. Alkisahnya awek Unisel nie nak mintak autograph Noh. Maka Noh pun tulislah “Awak Busuk” kat awek tue. Kami percaya yang dia tulis tue sekadar suka-suka dan bergurau je. Tak gitu Noh?

Buat Noh, jadikanlah benda nie pengajaran. Peminat Malaysia nie kebanyakkannya skema-skema belaka. Tak boleh nak bawak bergurau. Tak ada sense of humour. Semua benda pun nak amik serious. Takleh tahan betul isu kecik macam nie pun boleh sampai masuk Melodi gitu. Kira Noh dapat publisiti percuma dan awek Unisel itu confirm femes seantero dunia.

Mungkin Noh boleh gunakan ayat-ayat di bawah masa nak sign autograph nanti:

1. Awak busuk tapi saya memang suka orang yang bau busuk.
2. Awak busuk tapi saya lebih busuk dari awak.
3. Awak busuk. Nanti lepas concert jumpa saya ye. Saya ada deodorant lebih nak kasik awak.
4. Badan awak bau busuk. Tapi saya tau hati awak wangi.
5. Sebusuk-busuk awak, busuk lagi longkang kat sebelah awak tue.

Bak kata Noh di Twitternya, kalau tak boleh gurau pergi surau lah beb!!!