May 12th, 2020

Penyanyi yang semakin menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna, kongsi rasa teruja bersama peminatnya di laman Instagram apabila wajahnya terpampang di papan iklan gergasi di kota New York.

yuna

Namun, apa yang menarik perhatian netizen, Yuna yang berbangga menjadi wajah Asia di negara itu turut menyebut nama ibunya seakan mahu memberitahu berita berkenaan.

Menurutnya, bagi meraikan kempen rakyat Asia anjuran platform penstriman popular Spotify, fotonya telah terpampang di beberapa kawasan sekitar kota berkenaan.

“Mak tengoklah…Saya ada di seluruh NY (New York), meraikan bulan Asian American & Pacific Islander Heritage bersama Spotify. Terima kasih Spotify kerana sentiasa memilih saya menjadi sebahagian daripada bulan istimewa ini. Saya sangat bangga menjadi warga Asia,” tulisnya.

Tambah Yuna, beliau selalu terlepas peluang melihat papan iklan berkenaan, malah amat berharap dapat ke sana melihatnya sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Yuna khususnya rakyat tempat amat berbangga dengan pencapaiannya malah turut menitip ucapan tahniah buat penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini.

yuna billboard

Untuk rekod foto Yuna pernah mewarnai lokasi ikonik, Times Square, New York selepas dipilih syarikat terkenal NASDAQ yang memaparkan ikon muzik pada November 2016.

Malah, sebuah lagi papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) turut memaparkan wajahnya bersempena pelancaran album, Rouge di lokasi yang sama tahun lalu.

September 13th, 2019

Nama Neelofa memang sentiasa menjadi sebutan orang penting dalam dunia fesyen. Bahkan, setiap kali ada pertunjukan fesyen mewah di luar negara, Neelofa pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menghadirkan diri.

Pun begitu, rakyat Malaysia sentiasa tertanya-tanya dengan konsep pemakaian yang cuba disampaikan oleh wanita itu. Kadang-kadang ia terlampau pelik sampai tak tercapai akal rakyat Malaysia.

Akhirnya, Neelofa berjaya meraih pujian daripada pengkritik hebat iaitu netizen Malaysia baru-baru ini. Busana yang dikenakan oleh wanita itu sepanjang di New York Fashion Week mendapat komen positif daripada netizen. Mereka menyukainya kerana saiz pakaian yang dikenakan itu bersesuaian dengan dirinya yang mempunyai ketinggian orang Asia.

neelofa

neelofa

Bukan itu sahaja, Neelofa turut memenangi anugerah Paling Hollywood selepas dia menyarungkan pakaian yang direka sendiri oleh pereka tersohor iaitu Michael Kors. Jaket yang bermotifkan harimau bintang itu nampak menawan apabila digandingkan dengan tema warna hitam.

neelofa

neelofa

Bukan itu sahaja, wanita itu telah distailkan sendiri oleh pereka Tommy Hilfiger mengikut daya kreatifnya.

neelofa

Benarlah fesyen yang cantik itu harus diukur mengikut pakaian model itu sendiri. Kena ada tangan mahir yang tolong hiaskan baru dapat hasil yang memuaskan!

Sumber: Blog

September 10th, 2013

Siapa sangka fesyen Islamik juga mampu terpilih untuk diperagakan di pentas fesyen di New York. Bertuah sekali bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed apabila tudung-tudung rekaannya telah terpilih untuk diperagakan bersempena PLITZ New York Fashion week 8 September yang baru berlalu.




Rekaan yang menarik dan ceria oleh Norjuma nampaknya berjaya menaikkan kembali permintaan pasaran terhadap tudung bawal yang menurun populariti disebabkan kemunculan tudung ‘sarung’ yang memiliki awning. Tambahan pula harga tudungnya sangat berpatutan.

Kepada yang berminat, apa lagi, lepas ni boleh borong tudung bawal Norjuma banyak-banyak untuk dipakai ke mana saja. Kredit gambar, Facebook Aidijuma.


Makyung “Raja Besar Negeri Ho Gading” di Dewan Filhamonik Petronas @ KLCC pada 20 September 2013 jam 8.30 PM. Dapatkan tiket di Kaunter Box-Office DFP di KLCC atau layari http://www.mpo.com.my/