May 10th, 2019

Pengarah terkenal Michael Ang baru-baru ini mengesahkan beliau sudah memeluk Islam lebih setahun lalu. Ramai yang menyambut baik berita pengislaman beliau dan mendoakan agar Michael terus istiqamah.

Bagaimanapun, ada pula netizen yang mempersoal amal ibadahnya sebagai seorang Muslim.

Umum mengetahui, Michael sering menggunakan akaun Instagramnya untuk memberikan komen dan pandangan tentang pelbagai isu termasuklah membuat ulasan produk. Ada netizen berkata mengapa Michael tidak memuat naik foto melakukan ibadah contohnya solat tarawih.

Tidak mudah melatah, Michael membalas komen terbabit dengan menyatakan soal agama dan keimanannya adalah isu antara dirinya dengan Allah SWT sahaja.

Nasihatnya kepada netizen tersebut, janganlah terlalu menunjuk ketinggian ilmuĀ  kepada orang lain. Pada akhirnya, hanya Allah SWT yang akan menilai keimanan hambaNya.

Beribadah tidak perlu menunjuk-nunjuk kerana akan timbul perasaan riak dan sombong dalam hati serta merasakan diri sudah cukup sempurna. Biarlah ia menjadi rahsia kita dengan Allah SWT sahaja.

May 8th, 2019

Kisah penghijrahan pengarah drama terkenal, Michael Ang yang sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu mendapat reaksi yang sangat positif daripada netizen. Mereka berdoa agar Michael kekal istiqamah.

Disebalik perjalanan beliau untuk bergelar Muslim, Michael memberitahu pelakon dan pengacara, Neelofa pernah cuba untuk mengislamkannya.

Neelofa meminta Michael membaca surah Al-Fatihah. Bagaimanapun, kata Michael ketika itu beliau sudah pun memeluk Islam cuma tidak diketahui ramai.

Rata-rata netizen memuji tindakan Neelofa itu yang melakukan kerja mulia berdakwah dan penrah cuba berusaha membimbing rakannya itu ke arah kebaikan mendalami Islam.

Sama-sama kita doakan agar Michael kekal tabah dan kuat dalam mendalami Islam dengan lebih lagi selepas ini, terus istiqamah.

Sumber Berita : Youtube Official Ria X