Written by Bella | December 8th, 2017

Sebuah portal akhbar tempatan beberapa hari lalu melaporkan Neelofa kini sudah bertemu pengganti dan sedang dilamun cinta sehingga tahap bersayang-sayangan dan rindu-rinduan. Ada pula khabar angin mengatakan jejaka tersebut merupakan anak VIP.

Neelofa menerusi portal BH PLUS berkata, buat masa ini beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai gosip berkenaan. Pengalaman lalu yang dihimpit pelbagai kontroversi percintaan membuatkan beliau berhati-hati untuk berkongsi kisah peribadinya.

Sejak awal lagi, sudah banyak hal peribadi menerjah dalam kanvas seni diri ini. Saya sendiri sudah jelaskan daripada banyak segi. Dulu, tunjuk sikit hal peribadi pun tak boleh. Apatah lagi memberi bayangan terus berkenaan hal itu. Jadi, saya ambil pendekatan untuk tidak langsung berkongsi mengenainya.

Selepas apa yang saya lalui, pengalaman mematangkan diri. Ikutkan, dengan kawan pun, hanya mereka yang tertentu sahaja saya bercerita sisi peribadi. Namun, apabila tiba masanya saya akan berkongsi.

Maaf, memang saya tak boleh kongsi fasal bersama orang lain atau sebaliknya, walaupun sedikit. Tapi, andai saya ingin umumkan hal peribadi, pasti ia akan dilakukan secara sewajarnya. Saya akan jemput teman media ketika itu.

Setiap manusia di dunia ini memerlukan teman hidup untuk berkongsi kasih sayang, cinta dan termasuk juga kesedihan hati. Kami tahu ramai peminat yang ingin melihat Neelofa bahagia bersama teman istimewa.

Sumber Berita : BH PLUS

Written by Bella | December 5th, 2017

Sejak “kisah cinta” Neelofa bersama Fattah Amin terputus di tengah jalan, ramai peminat Neelofa sering merasakan beliau sedang berduka dan tidak boleh “move on” lebih-lebih lagi selepas Fattah baru-baru ini sudah berkahwin. Macam-macam komen tentang Lofattah yang sehingga hari ini masih lagi belum reda sehingga berlakunya ejekan antara peminat Lofattah dan Fattzura.

Hakikatnya, Neelofa sudah lama meneruskan kehidupannya dan enggan lagi terus dikaitkan dengan Fattah. Malah, menurut Mary Jane menerusi portal Utusan Online, Neelofa kini sedang rapat dengan seorang jejaka dan mereka sudah sampai tahap rindu-rinduan dan bersayang-sayangan.

Khabar yang cukup selesa di pendengaran Mary Jane, difahamkan ada ‘seseorang’ dan pihak tertentu yang sedang cuba hendak mengintai hati Lofa sekarang ini. Katanya, sudah sampai ke tahap rindu-rinduan, sayang bersayang, tak bermesej asyik terbayang-bayang di pihak sebelah sana tu. Siapa itu? Kena tanya tuan badan. Lofa seperti biasa tak suka bercerita soal peribadi, tetapi kalau betul bermula episod cinta yang menarik, dia tak akan sembunyi.  Takkanlah selama-lamanya nak berdendam air mata mengenangkan cinta tidak kesampaian lepas putus dengan insan yang dia sayangi sebelum ini.

Jika berita ini benar, kami harap “hubungan” Neelofa dan jejaka tersebut akan menjadi. Siapa tahu mungkin mereka ada jodoh bersama bukan?

Sumber Berita : Utusan Online