Written by AbangNara | November 9th, 2010

erma fatima letak jawatan dalam natrah

Akhirnya berkuburlah hasrat peminat-peminat teater Natrah. Berdasarkan Harian Metro hari ini, Erma Fatima khabarnya telah meletakkan jawatan daripada menjadi pengarah untuk teater Natrah musim kedua.

Kemungkinan besar punca penarikan diri Erma Fatima ialah kerana tidak tahan dikritik hebat oleh pengkaji sejarah Natrah, Datin Fatini. Kata Erma:-

[note]Bayangkanlah jika usaha dan kejujuran saya dalam menterjemahkan naskhah Natrah ini tidak henti dikritik dan diperkatanya. Saya tidak mahu ada pihak sengaja menumpang publisiti atau mengambil peluang menyelitkan namanya dalam kerja saya seperti dilakukannya sekarang. Hanya ingin melariskan buku biografinya, pelbagai agenda mula dilakukan termasuk mengkritik karya sentuhan saya.[/note]

Dari apa yang kami baca, Datin Fatini tidak berpuas hati dengan satu scene di mana tanda salib ditunjukkan dengan besar dan jelas semasa pementasan Natrah yang pertama dulu. Kami tak tahu pulak macam mana scene tersebut sebab tak sempat pergi tengok teater Natrah dulu. Kata Erma lagi:-

[note]Sakit hati dengan dakwaan dan kenyataan daripadanya (Fatini). Mengapa dia tidak sudah-sudah mempersoalkan hasil kerja saya sejak pementasan siri yang pertama tahun lalu. Kononnya saya tidak sepatutnya meletak salib besar dalam pementasan sedangkan fungsi dan simboliknya benda itu langsung tidak pernah dia tahu.[/note]

Apa pendapat anda pasal perletakan jawatan Erma ini? Nak gak tau.

Written by AbangNara | October 20th, 2009

sofia jane maya karin

Spekulasi kenapa Diana Danielle tiba-tiba taknak teruskan berlakon teater jadi watak Natrah bertiup kencang semenjak dua nie. Mungkinkah sebab bayaran murah sangat? Cuba korang dengar apa orang Istana Budaya cakap:-

[note]Apa yang boleh saya ulaskan, berlakon teater di Malaysia ini bayarannya memang sangat minima. Kita bayar pelakon mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan serta berdasarkan ‘star rating’ artis itu. Paling tinggi IB pernah bayar kepada pelakon ialah RM10,000. Sebelum ini, kita tidak pernah ada masalah tentang bayaran. Tapi kami faham, ini adalah kali pertama Diana berlakon teater dan mungkin dia ‘terkejut’ sedikit dengan perkara ini[/note]

Ish. Takkanlah sikit lagi RM10,000 tue. Dah kira banyak dah tue kat kitorang. Tapi yang peliknya, pengganti Diana Danielle lagi hebat starnya. Maya Karin ngan Sofea Jane tue. Takkanlah Maya Karin ngan Sofea Jane boleh terima bayaran yang murah tapi Diana Danielle takleh? Padahal dua orang nie boleh dikatakan taraf lebih senior dan lebih power dari Diana Danielle.

Apa-apapun ini hanyalah gosip dan spekulasi sahaja. Kebenarannya kenalah tunggu Diana Danielle bagitau reason sebenar dia takmo teruskan berlakon jadi Natrah. Kita tunggu jer nanti.