July 25th, 2016

Dato Red ataupun dikenali sebagai Datuk Seri Adnan Abu yang kini mempunyai dua orang isteri dan berhasrat untuk menambah lagi jumlah isterinya telah memberikan nasihat untuk lelaki-lelaki diluar sana yang ingin berpoligami

Menurut Dato Red, seorang lelaki tu harus pandai menjaga hati semua isteri-isteri mereka dan jangan pernah menipu.

Perempuan, isteri-isteri kita paling pantang kalau kita berahsia atau menipu.  Berterus-terang dalam segala perkara, itu yang utama dalam perhubungan suami isteri.

Dato Red bukan sahaja pernah dihimpit kontroversi kerana perkahwinan beliau bersama Adira, tetapi dalam kes terbaru apabila beliau merangkul pinggang Ruhainies dan mengakui beliau suka dengan pelakon baharu berkenaan sehingga tangannya automatik ingin menyentuh tubuh Ruhainies.

Ada sesiapa yang setuju dengan nasihat Dato Red? Emm..

Sumber Berita : Utusan Online