Written by Bella | April 5th, 2017

Pengacara popular Singapura dan juri tetap MLM 2017, Najip Ali hari ini tampil memohon maaf kepada atas isu viral dimana beliau dikatakan mempersenda Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak didalam rancangan OK CHOPE! yang diterbitkan oleh Mediacorp 5 milik Temasek Holdings.

Najip akui tindakan beliau yang menjadikan PM sebagai bahan lawak secara terbuka adalah satu kesalahan dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.

Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan (tidak) berhati perut. Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan Mediacorp, Debra Soon berkata, pihaknya turut mengakui kesilapan berkenaan.

Oleh itu kami telah menarik balik siaran ulangan episod berkenaan berkuat kuasa serta-merta. Kami memohon maaf berikutan kesilapan ini.

Terdahulu, peserta ┬árancangan berkenaan diminta melengkapkan ayat: “Najib slams … for threatening Malaysia’s progress”. Para peserta program itu termasuk Najip Ali, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri.

Sumber Berita : mStar Online