Written by Bella | March 7th, 2017

Umum mengetahui gandingan kegemaran ramai, Ummi Nazeera dan Aeril Zafrel berkawan baik. Walaubagaimanapun, setiap hubungan persahabatan pasti akan diuji. Ummi mendedahkan beliau dan Aeril pernah bermasam muka gara-gara tercetusnya salah faham berhubung karakter mereka  ketika menjalani penggambaran drama Nahu Rindu.

Salah faham itu timbul berhubung watak kami apabila saya fikir lain dan dia pula sebaliknya sehingga kami bergaduh. Beberapa hari juga kami tak bertegur sapa sehingga ada kru bertanya kerana kebiasaannya kami memang sentiasa ceria memandangkan kami bersahabat baik.

Itu juga kali pertama saya bermasam muka dengan hero gandingan saya dan Aeril pula kawan baik saya.

Sementara itu, Aeril pula ketika dihubungi memberitahu perselisihan faham berlaku kerana masing-masing mempunyai hubungan rapat dan kadang-kala terlupa untuk menjaga batasan kata.

Ummi adalah rakan baik saya dan ini adalah kali ketiga kami digandingkan sebagai pasangan hero dan herion dalam drama. Hubungan akrab itu kadang-kadang buat kita terlupa untuk jaga kata-kata sehinggakan kita senang terusik dan lebih sensitif.

Tetapi hubungan kami masih kekal baik seperti dahulu dan sebagai pengajaran saya perlu lebih berhati-hati dalam kata-kata dan perbuatan walaupun mempunyai hubungan rapat dengan seseorang.

Biasalah tu, tentu semua orang ada pengalaman bergaduh kecil dengan rakan baik mereka. Iyalah, kadang-kadang,  ada perkara yang mungkin kita tidak bersependapat dengan kawan kita. Namun, janganlah bergaduh lama-lama.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | December 15th, 2016

Pelakon Aeril Zafrel dan isteri, Wawa Zainal bakal menunaikan ibadah umrah pada penghujung bulan ini dan sekaligus menyambut tahun baharu 2017 di Tanah Suci Mekah.

Menurut Aeril, mereka pergi berdua sahaja. Buat masa ini Aeril tidak lagi terlibat dalam mana-mana penggambaran drama dan ingin berehat.

Aeril berharap agar segala urusan beliau dan isteri untuk beribadah berjalan dengan lancar.

Untuk menunaikan ibadah umrah saya bersama Wawa sahaja, anak-anak saya tinggal di bawah jagaan keluarga terdekat. Mengenai persediaan dan persiapan buat masa sekarang saya sedang berehat dan tidak terikat dengan mana-mana tawaran berlakon. Rehat sepenuhnya amat perlu agar ibadah saya di sana, dapat berjalan dengan lancar dengan izinNya.

Tambah Aeril, beliau sebenarnya sudah menerima pelbagai tawaran lakonan tetapi hanya akan kembali aktif selepas pulang daripada menunaikan umrah sekitar pertengahan bulan Januari depan.

InshaAllah perjalanan Aeril dan Wawa ke Tanah Suci Mekah akan baik-baik sahaja dan kami juga mendoakan agar segalanya  dipermudahkan buat anda suami isteri menunaikan ibadah umrah di Mekah nanti.

Sumber Berita : Astro Gempak