November 16th, 2015

Kisah percintaan Nad Zainal boleh dikatakan menjadi perhatian peminat juga, bermula daripada hubungan bersama Azwan Kombos kemudiannya Hefny Sahad yang mencetuskan beberapa kontroversi, Nad akhirnya telah bertemu dengan seorang jejaka bernama Faliq yang akhirnya mampu untuk membuatkan gadis itu bahagia.

Pernah mengharapkan hubungannya kali ini kekal sehingga ke jinjang pelamin, ada sumber kepada portal Murai berkata impian Nad itu akan menjadi nyata kerana bakal menamatkan zaman solonya pada pertengahan bulan Disember ini.

Sumber tersebut yang bekerja di sebuah butik terkemuka tanah air, terdengar perbualan  di antara dua orang gadis yang datang ke butik tempat beliau bekerja untuk menempah baju bagi menghadiri majlis perkahwinan Nad yang khabarnya bakal berlangsung di sebuah hotel terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Pada awalnya ada beberapa pihak yang memberitahu Nad sebenarnya ingin berkahwin pada tahun hadapan, namun tidak mungkin rencana itu dipercepatkan.

Jika berita ini benar, tahniah kami ucapkan kepada Nad Zainal dan pasangan. Semoga anda dan pasangan akan lebih bahagia selepas ini. Kata orang kalau dah berkenan dan sudah jumpa orang yang betul-betul sesuai dengan kita usahlah tunggu lama-lama lagi.

Sumber Berita: Murai