February 15th, 2016

Pelawak Nabil Ahmad kini lebih aktif dalam bidang pengacaraan berbanding lakonan yang menjadi medium beliau popular satu ketika dahulu.

Ada yang menyifatkan Nabil sudah mula berlagak hebat dek kerana menolak beberapa tawaran lakonan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Nabil menafikan perkara berkenaan sekerasnya dan memberitahu beliau ada sebab tertentu untuk tidak berlakon.

Saya banyak menolak tawaran berlakon bukan kerana sudah cukup hebat, sebaliknya saya lihat sesetengahnya mengambil mudah mengenai masa.

Saya selalu terkena, mereka mengejar saya bagai nak gil, takut saya tiba lewat di lokasi penggambaran. Bagaimanapun, apabila tiba, apapun tidak siap dan harus menunggu berjam-jam lagi.

Apabila bising, saya dikatakan bersikap besar kepala. Saya bukannya dibayar berjuta-juta seperti artis Hollywood dan mereka bukan sahaja membayar artis tetapi masa sekali. Jadi mereka tidak kisah bekerja 24 jam sekalipun.

Namun, luahan Nabil itu tidak berniat untuk menghentam semua pihak produksi cuma sesetengah sahaja yang tidak memberikan komitment yang baik. Teguran itu dibuat bagi mereka mempertingkatkan lagi mutu kerja selepas ini.

Saya tidak marah dan bising apa yang berlaku membuatkan saya serik dan menjadi pengajaran besar buat saya. Cukuplah sekali saya terkena.

Hendak popular bukanlah mudah, industri hiburan tanah air ini penuh dengan cabaran yang berbeza.

Sumber Berita: Berita Harian