January 21st, 2020

Ingat lagi tak tentang aplikasi MY Smart Shopper (MSS) yang pernah Abang Nara ceritakan dulu di sini?

Ramai betul yang mesej tanya macam mana nak gunakan aplikasi MSS nie. Bagus betullah korang nie. Bab berjimat memang nombor 1. Baiklah untuk tidak menghampakan permintaan ramai, Abang Nara kongsikan cara-cara menggunakan aplikasi MSS dengan lebih mendalam lagi. Jom kita ushar sama-sama!!!

Langkah PERTAMA – BUAT PENDAFTARAN & Download Aplikasi MSS

First thing first Abang Nara mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli MSS . Pendaftaran adalah PERCUMA dan caranya amat mudah. Hanya perlu muat turun aplikasi MSS sama ada di Google Play Store atau Apple App Store dan daftar di MY Smart Shopper App! Anda akan dapatkan email dari MSS untuk mengaktifkan akaun anda. Lepas tue log masuk dan akan terpampanglah skrin seperti di bawah ini:-

Langkah KEDUA – KUMPUL CASH POINT & REWARD POINT

Senang je cara untuk mengumpul Cash Point dan Reward Point ini. Ada 2 cara iaitu:-

Buat pembelian online di kedai yang tersenarai dalam aplikasi MSS

Sebaik sahaja buka aplikasi MSS, terus tekan “View All” kat Online Stores tue untuk tengok senarai kedai-kedai yang boleh anda shopping.

Ada banyak pilihan seperti Lazada, Zalora, Malaysia Airlines, Agoda, JD Sports dan Sephora. Pilih je mana yang berkenan. Kategori turut disediakan untuk memudahkan anda.


Untuk makluman, setiap kedai menawarkan Cash Point atau Reward Point yang berbeza-beza. Cara nak dapatkan pun lain-lain, so anda kena baca penerangan yang diberikan. Sebagai contoh, katakan Abang Nara nak beli kasut untuk wife tercinta, so Abang Nara tekan pautan Christy Ng di pautan tadi tue:-

PALING PENTING, Abang Nara kena tekan “Shop Now” menerusi pautan MSS supaya pembelian dapat dikesan sekaligus membolehkan diri ini menerima 5% Cash Point dan 1x Reward Point. Bila tekan “Shop Now” tue, laman web Christy Ng akan dibuka secara automatik. Selepas setel membeli, kena tunggu sehingga 7 hari untuk points dimasukkan ke dalam akaun MSS kita. Senang je kan?

  1. Shopping di kedai “offline”

Ha, benda yang paling best tentang aplikasi MSS ialah kita boleh juga dapatkan Cash Point dan Reward Point apabila bershopping di kedai-kedai “offline”. Tak adalah semua benda nak “online” je kan?

Sebagai contoh, katakan anda sedang menjamu selera di sebuah kedai tomyam, check dulu sama ada kedai tersebut ada di dalam aplikasi MSS atau tidak. Cara nak check pun senang je, tekan je pilihan “Nearby” kat menu aplikasi MSS di bahagian paling bawah. Nanti akan keluar semua kedai yang menyertai program kesetiaan MSS ini.

Sebagai contoh, restoran “Real Tomyam” di Kota Damansara ini menawarkan 5% Cash Point dan juga 2 Reward Point untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.

my smart shopper

Ha senang gila kan nak kumpul Cash Point dan Reward Point dengan aplikasi MSS nie? Cara “online” pun ada, cara “offline” pun ada. Pilih je mana satu yang berkenan di hati. So apa langkah seterusnya bila dah berjaya kumpul point-point nie sebanyak mungkin?

Ha! Sebelum kita ke langkah seterusnya, Abang Nara nak bagitahu korang yang korang juga boleh buat pembayaran di “offline” merchants dengan cara pembayaran terbaru MSS iaitu MSS Pay!

MSS Pay ni berfungsi sebagai e-wallet. Bila dah berjaya register, korang boleh membuat pembayaran menggunakan MSS Pay. Tak cukup baki dalam MSS Pay? Jangan risau, korang boleh top up MSS Pay korang guna debit card or credit card korang. Mudah kan?

So kalau korang tertinggal wallet ataupun malas nak bawak wallet pun, masih boleh shopping menggunakan aplikasi MSS ni. Tak ke awesome?

Nie ha nak tambah lagi beberapa kelebihan e-wallet MSS Pay ini.

  1. Tak payah carry cash atau card banyak-banyak
  2. Jimat masa
  3. Mudah dan selamat

my smart shopper
my smart shopper

Langkah KETIGA – “Redeem” Cash Point & Reward Point

  1. Cash Point

my smart shopper

Banyak benda best yang boleh dilakukan apabila anda telah mengumpulkan Cash Point yang secukupnya. Anda kaki gamer? Boleh beli keahlian Playstation Plus dengan Cash Point. Nak bayar bil elektrik? Guna je Cash Point yang ada. Nak top up handphone awek? UMobile, Digi, Hotlink semua ada. Pilih je mana satu yang anda nak. Semuanya boleh dilakukan menerusi aplikasi MSS. Sangat-sangat mudah!!!

Cash Point juga boleh digunakan untuk bayaran semasa anda mengunjungi mana-mana MSS ‘offline’ restaurant!

my smart shopper

  1. Reward Point

my smart shopper

Bersesuaian dengan namanya, Reward Point adalah ganjaran buat diri anda selepas berbelanja. Macam-macam hadiah best yang boleh diperolehi dengan Reward Point MSS nie. Nak dapatkan gajet baru pun boleh, nak beli barangan dapur pun tak ada masalah dan macam-macam lagilah. Yang penting, Reward Point nie makin banyak anda simpan, makin best ganjaran yang boleh diperolehi. So fikir masak-masak sebelum “redeem” tue.

Selepas ini, Abang Nara akan pastikan sebelum membuat apa-apa pembelian sama ada secara “online” atau “offline” semuanya akan dilakukan menerusi aplikasi MSS. Terlalu banyak kelebihan yang ditawarkan. Memang rugi kalau tak rebut peluang ini. Makin banyak kita berbelanja, makin banyak Cash Point dan Reward Point yang akan diperolehi.

Lagi satu Abang Nara nak habaq ni. Sekarang ni ada kempen Rewards Bonanza tau. Dengan setiap transaksi minimum RM10 di stor “offline” dalam satu resit, korang akan dapat satu peluang untuk main game dekat MSS app dan secara automatic akan masuk lucky draw kempen tersebut. Melalui game ni, korang akan dapat ekstra Cash Point and Reward Point! Makin banyak belanja, makin banyak Cash Point dan Reward Point yang diperolehi. Maka makin banyak benda-benda best yang boleh Abang Nara “redeem” nanti. Terbaik kan?

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.my-smartshopper.com/.

LIKE dan ikuti laman sosial rasmi mereka di :

  • Instagram: https://www.instagram.com/officialmysmartshopper/
  • Facebook: https://www.facebook.com/MYSmartShopper.my/



May 10th, 2019

Anda seorang ‘kaki shopping’? Masuk gaji je terus start enjin kereta dan habiskan masa seharian membeli-belah di shopping mall?  Atau adakah anda jenis yang suka shopping online? Setiap hari ada je posmen yang akan hantar barang ke rumah. Tak kiralah anda jenis ‘kaki shopping’ yang mana satu, hari ini Abang Nara ada berita super duper AWESOME untuk dikongsikan dengan anda!!!

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan, anda kini boleh mengaktifkan MyKad secara PERCUMA untuk terus menikmati pelbagai ganjaran hebat di dalam program MY Smart Shopper (MSS). Apakah itu MSS? Senang cakap, MSS ini adalah satu program kesetiaan yang memberikan Cash Point dan Reward Point apabila anda ber’shopping’ secara online atau offline.

Ha, dah excited la tue kan? Sabar, sabar, sabar. First thing first yang anda perlu lakukan ialah mendaftar sebagai ahli MSS. Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu muat turun applikasi MY Smart Shopper di Apple App Store ataupun Google Play Store. Pendaftaran adalah PERCUMA. Lepas tue gunalah applikasi MSS untuk memudahkan ’shopping’ anda!!!!

Dengan tagline “Bijak Belanja, Besar Ganjaran”, setiap pembelian menerusi MSS yang anda lakukan membolehkan anda menerima Cash Point dan Reward Point, sama ada pembelian itu dilakukan secara online atau offline. Untuk pembelian online, ini langkah-langkah yang harus anda lakukan:-

  1. Buka applikasi MSS (boleh download di sini)
  2. Ushar segala ganjaran yang ada di aplikasi MSS tersebut. Antara pilihan kedai yang ada ialah Zalora, Malaysia Airlines, Lazada, Shopee, Agoda, JD Sports, Sephora dan banyak lagilah!!
  3. Katakan anda membuat keputusan untuk shopping Shopee. Anda harus tekan pautan dari applikasi MSS yang akan membawa anda ke laman web Shopee.
  4. Tekan butang “Shop Now” dan anda akan dibawa ke laman rasmi Shopee untuk meneruskan pembelian.
  5. Selesai membeli, Cash Point dan Reward Point akan dimasukkan ke dalam akaun MSS anda dan dah boleh digunakan selepas 7 hari.

Dengan Cash Point yang terkumpul, anda boleh membeli apa jua produk atau servis yang ditawarkan di kedai-kedai “offline” saje yang terlibat dengan MSS. Setiap 1 Cash Point adalah bersamaan dengan RM1. Sebagai contoh, sekiranya anda sudah mengumpul 100 Cash Point, maka anda boleh gunakannya di kedai “offline” seperti Ayamas, Caffe Bene, Juicy, Amber ,Atmosphere 360 (KL Tower) dan banyak lagi!!! Sebelum tu, pastikan korang layari link ini untuk maklumat lanjut tentang semua kedai-kedai “offline” yang ditawarkan.

Selain itu Cash Point juga boleh digunakan untuk membayar kesemua bil utiliti bulanan anda seperti di bawah. Tak perlu gunakan wang tunai anda. Jimat kaw-kaw!!!

Sementara itu untuk Reward Point pula, anda boleh menebus mata yang telah dikumpulkan untuk membawa pulang hadiah-hadiah yang menarik. Caranya mudah sahaja. Hanya perlu log masuk ke MY Smart Shopper app anda dan pilih apa yang anda inginkan berdasarkan katalog yang tersedia. Lepas tue ikut sahaja langkah-langkah yang tertulis di portal MSS app untuk melengkapkan proses penebusan tersebut. Mudah macam ABC.

Hebatkan MSS ini? Memang berbaloi-baloi untuk menjadi ahli MSS lebih-lebih lagi dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang makin dekat. Lagi banyak anda shopping, lagi banyak ganjaran yang anda boleh perolehi. Inilah masa terbaik untuk tukarkan keghairahan membeli-belah anda menjadi ganjaran yang hebat!!! Last but not least, jangan lupa download aplikasi MSS di Apple App Store ataupun Google Play Store untuk memudahkan lagi anda bershopping sakan!!! Selamat membeli-belah.

Maklumat lanjut layar, https://www.my-smartshopper.com dan juga Facebook MY Smart Shopper.