Written by serenity | April 28th, 2018

Sejak kebelakangan ini, dengan kewujudan teknologi live di media sosial, beberapa filem yang sedang ditayangkan di pawagam telah disiarkan secara live di media sosial oleh penontong wayang tidak bertanggungjawab. Antara filem yang menjadi mangsa ialah Sejoli dan KL Wangan.

Terbaru, penyanyi Ara Johari telah menerima kritikan hebat kerana memuat naik sebahagian rakaman filem Avengers: Infinity War yang sedang ditayangkan ke IG Story.

Apa yang lebih mengejutkan, dia enggan mengakui kesalahannya dan memuat naik jawapan-jawapan tidak matang mengenai kecaman yang diterima untuk membalas kritikan itu seolah-olah ingin mencabar pihak tertentu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | April 21st, 2018

Kisah mengenai gambar lucah yang dimuat naik ke Insta Story pelakon kacak Zul Ariffin malam semalam rancak diperkatakan di Twitter.

Terbaru, seorang pengguna Twitter secara berseloroh mengatakan, mungkin telefon pintar Zul Arifin telah digodam oleh bekas teman wanita yang sakit hati.

306d9962-7f09-46aa-a743-b9b4186b63e8

Bagaimanapun, Zahirah telah menjawab tweet itu, mengatakan dia ada perkara lain yang lebih baik untuk dilakukan.

Zahirah turut menafikan tuduhan seorang pengguna Twitter lain bahawa dia telah berselfie berhampiran jenazah ibu Zul.
02e4956d-c58b-427f-85df-55ca687f1b18

Setakat ini, Zul belum membuat penjelasan mengenai insiden muat naik gambar lucah itu yang dikatakan dimuat naik hanya selama dua minit sebelum dipadam di Instagram Story Zul Ariffin malam tadi.

Zul juga tidak membuat kenyataan balas mengenai dakwaan Zahirah selfie berdekatan jenazah ibunya yang dikatakan Zahirah sebagai satu fitnah. – beautifulnara.com

Written by serenity | April 12th, 2018

Izreen Azminda dan Ude Wahid telah mengaktifkan semula akaun Instagram masing-masing tetapi masih tidak memasang fungsi komen. Ini bermakna netizen tidak dapat meninggalkan komen pada gambar-gambar yang dimuat naik oleh mereka sebagai mana lazimnya.

Seperti pasangan lain yang sedang menyulam bahagia, Izreen telah berkongsi gambar mesranya dengan Ude ke Instagram. Bagimanapun terdapat akaun Instagram lain yang telah memuat naik semula gambar tersebut dan netizen telah mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen berunsur hentaman kepada Izreen dan Ude kerana gambar itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | December 10th, 2017

Baru-baru ini pelakon dan pengacara popular Neelofa telah memuat naik video KLCC yang dirakam sewaktu memandu keretanya. Tanpa disangka, ada pihak yang mengaitkan tindakan Neelofa memuat naik video itu kononnya ialah kerana dia masih terkenangkan Fattah Amin.

Ini kerana, Fattah Amin pernah menulis mengenai kebanggaanyya dapat menggunakan khidmat parkir Valet di KLCC setelah menjadi popular sebagai pelakon dalam buku 99 Kata-kata Fattah Amin. Melalui Melodi TV3 hari ini, Neelofa menafikan bahawa video itu sama sekali ada kaitan dengan pelakon yang kini menjadi suami Nur Fazura itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.