Written by Bella | April 27th, 2018

Meskipun Fasha Sandha dan Nora Danish sudah bahagia dengan kehidupan masing-masing, ada juga netizen yang masih ingin mengaitkan mereka dalam isu yang agak remeh.

Kali ini, gara-gara memakai baju yang sama dengan Nora, Fasha telah ditegur oleh beberapa netizen. Bukan itu sahaja, ada juga yang membandingkan siapa yang kelihatan lebih cantik menggayakan fesyen berkenaan.

Tidak berdiam diri, Fasha menerusi ruangan komen memberitahu beliau tidak kisah jika pakaiannya itu sama dengan Nora dan meminta agar netizen berhenti mempertikaikan perkara tersebut.

Fasha pada masa yang sama berharap tiada lagi pihak terus mengungkit kisah lalu antara beliau dan Nora kerana kedua-duanya sudah meneruskan kehidupan masing-masing.

Sudah menjadi perkara biasa kalau ada orang pakai baju yang sama dengan kita, apa salahya? Tidak bermakna hendak tiru sesiapa. Kadang-kadang tidak faham apa pemikiran netizen.