Written by serenity | January 5th, 2012

Sudah tengok Mission Impossible: Ghost Protocol (MI4)? Kami sudah dan berpendapat ia filem yang sangat bagus, rugi kalau tidak menonton di pawagam. Filem ini membariskan Tom Cruise, Jeremy Renner, Simon Pegg, Paula Patton dan Josh Holloway mendapat rating yang bagus di IMDb dan Rotten Tomatoes.  Bak kata penulis rebiu filem tempatan, That Movie Blogger Fella:

But I can say that Mission: Impossible – Ghost Protocol is the best of them yet, not to mention the best popcorn movie of the year (2011).

Bagaimana pun entri ini lebih kepada melaporkan tentang Anil Kapoor, aktor Bollywood yang turut berlakon dalam filem tersebut. Anil, dikenali peminat kerana sering berlakon bersama Sri Devi satu ketika dulu dan mula dikenali di peringkat antarabangsa selepas lakonannya dalam Slumdog Millionnaire, pada mulanya diberitakan di Bollywood sebagai pemegang watak antagonis utama.

Tapi apabila filem itu ditayangkan, ramai peminat filem India yang kecewa kerana watak Anil cuma berada di skrin selama 3 minit dan peminat menyifatkan kemunculan wataknya seperti seorang ‘badut’. Berikut ialah treler MI4 dengan beberapa saat kemunculan Anil (sekitar 1:03):

Sebenarnya, bagi kami walaupun 3 minit, lakonan Anil sangat berkesan sebagai seorang jutawan India pemilik satelit pelancaran nuklear yang kaki perempuan (accent inggerisnya juga super). Sebaliknya informasi awal yang berlegar tentang Anil memegang ‘watak jahat utama’ itulah yang menyebabkan kekecewaan peminat. Kami difahamkan sejak dari awal, ramai aktor Bollywood yang mencemburui Anil kerana wataknya dalam MI4, makin galak pula memerli beliau kerana penampilannya itu.

Anil bagaimanapun masih belum memberikan sebarang reaksi pada kekecewaan peminatnya.