May 10th, 2019

Pengarah terkenal Michael Ang baru-baru ini mengesahkan beliau sudah memeluk Islam lebih setahun lalu. Ramai yang menyambut baik berita pengislaman beliau dan mendoakan agar Michael terus istiqamah.

Bagaimanapun, ada pula netizen yang mempersoal amal ibadahnya sebagai seorang Muslim.

Umum mengetahui, Michael sering menggunakan akaun Instagramnya untuk memberikan komen dan pandangan tentang pelbagai isu termasuklah membuat ulasan produk. Ada netizen berkata mengapa Michael tidak memuat naik foto melakukan ibadah contohnya solat tarawih.

Tidak mudah melatah, Michael membalas komen terbabit dengan menyatakan soal agama dan keimanannya adalah isu antara dirinya dengan Allah SWT sahaja.

Nasihatnya kepada netizen tersebut, janganlah terlalu menunjuk ketinggian ilmu  kepada orang lain. Pada akhirnya, hanya Allah SWT yang akan menilai keimanan hambaNya.

Beribadah tidak perlu menunjuk-nunjuk kerana akan timbul perasaan riak dan sombong dalam hati serta merasakan diri sudah cukup sempurna. Biarlah ia menjadi rahsia kita dengan Allah SWT sahaja.

May 8th, 2019

Kisah penghijrahan pengarah drama terkenal, Michael Ang yang sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu mendapat reaksi yang sangat positif daripada netizen. Mereka berdoa agar Michael kekal istiqamah.

Disebalik perjalanan beliau untuk bergelar Muslim, Michael memberitahu pelakon dan pengacara, Neelofa pernah cuba untuk mengislamkannya.

Neelofa meminta Michael membaca surah Al-Fatihah. Bagaimanapun, kata Michael ketika itu beliau sudah pun memeluk Islam cuma tidak diketahui ramai.

Rata-rata netizen memuji tindakan Neelofa itu yang melakukan kerja mulia berdakwah dan penrah cuba berusaha membimbing rakannya itu ke arah kebaikan mendalami Islam.

Sama-sama kita doakan agar Michael kekal tabah dan kuat dalam mendalami Islam dengan lebih lagi selepas ini, terus istiqamah.

Sumber Berita : Youtube Official Ria X

May 2nd, 2019

Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang baru-baru ini mendedahkan berita yang cukup gembira apabila beliau mengesahkan dirinya sudah memeluk agama Islam lebih setahun yang lalu.

Menurut Michael, beliau membuat pengakuan itu kerana tidak mahu timbul sebarang salah faham dan masalah terutamanya jika beliau ingin menunaikan solat di masjid.  Michael bergelar mualaf sejak beliau mula belajar untuk berpuasa di bulan Ramadhan tahun lalu.

Alhamdulillah, sudah lebih setahun saya memeluk Islam dan sudah bersedia memberitahu perkara ini kepada semua. Selama saya mendalami agama Islam, banyak perkara yang saya harus pelajari.

Rasanya lebih baik saya berterus terang daripada orang melihat saya di masjid dan memperkatakan perkara ini. Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana ia antara saya dan Allah.

Rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa gembira dan syukur atas penghijrahannya. Mereka berdoa agar Michael kekal istiqamah.

Semoga Michael akan kekal sebagai seorang Islam sehingga akhir hayat. Doakan yang terbaik buatnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Video : Official Ria X