Written by Bella | March 13th, 2018

Impian pelakon Mia Ahmad dan suaminya Izham Tarmizi Roslan untuk bergelar ibu dan bapa bakal termakbul tidak lama lagi selepas Mia mengesahkan dirinya sedang hamil.

Berita gembira itu diumumkan oleh Mia sendiri menerusi akaun Instagramnya. Mia pada masa yang sama memohon maaf kepada beberapa pihak kerana tidak dapat menerima sebarang tawaran kerja buat masa ini untuk menjaga kandungannya itu.

Terdahulu, Mia pernah hamil tetapi mengalami keguguran ketika bercuti di London bersama suaminya hujung tahun lalu.  Mia bagaimanapun tidak berkongsi punca keguguran tersebut.

Ruangan komen di Instagram Mia dibanjiri dengan ucapan tahniah serta doa agar Mia dan bayi didalam kandungan diberikan kesihatan yang baik.

Tahniah kami ucapkan kepada Mia dan suami. Harapnya kehamilan kali kedua ini akan dipermudahkan. Jaga diri selalu dan jangan buat kerja yang berat-berat.