Written by AbangNara | June 6th, 2011

mentor final

Memang agak terlambat tapi biasalah kan pengantin baru. Memang busy sikit. Hehehe. Abang Nara tetap nak kongsikan gambar sekitar malam final Mentor 5. Tambah-tambah lagi bila ada Kak Erra Fazira yang wish Selamat Pengantin Baru untuk Abang Nara kat Facebook dia. Terharu gila rasanya diri ini. Thank you kak Erra. Sila LIKE Facebook Kak Erra Fazira ek.

mentor final

Lagi beberapa keping gambar sekitar malam final Mentor 5 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Fit Sparrow Media Rakyat.

 
Written by AbangNara | May 17th, 2011

mentor dan af9

Rancangan hiburan yang paling mencuri tumpuan tahun ini selain daripada Maharaja Lawak sudah tentulah AF9 dan Mentor 5. Kedua-duanya ada pengikut mereka yang tersendiri. Cuma Abang Nara tertanya-tanya apakah citarasa pembaca BeautifulNara. Adakah anda merupakan pengikut Mentor 5 atau pengikut AF9?

mentor dan af9

Daripada yang Abang Nara dengar-dengar, rasanya lebih ramai yang menyukai dan mengikuti perkembangan program Mentor 5 berbanding AF9. Kemungkinan besar sebabnya ialah kewujudan mentor-mentor yang popular seperti Datuk Sharifah Aini, Erra Fazira dan Afdlin Shauki yang turut menyanyi bersama-sama protege mereka. Manakalah untuk AF9, kekuatannya sudah tentu kepada pengacara paling popular Malaysia, Aznil Haji Nawawi.

mentor dan af9

Dari segi pelajar-pelajar, kedua-duanya memang mempunyai kelebihan masing-masing. Cuma mungkin program Mentor mempunyai sedikit kelebihan kerana protege yang tidak terlalu ramai. Jadi penonton-penonton dapat diberi masa untuk menilai kekuatan protege-protege yang bertanding. Ini kerana setiap minggu hanya 3 protege sahaja yang akan bertanding. Adakah format pertandingan Mentor lebih baik daripada format pertandingan AF9?

mentor dan af9

Jadi Abang Nara nak tahu sedikit pandangan korang. Kalau sudi, undilah di bawah ini. Dan lagi best kalau ada yang sudi berkongsi pendapat di ruangan komen. Luahkan apa yang telah terpendam dalam jiwa anda. Jangan simpan-simpan. Mana tahu ada pihak berkenaan yang membacanya.


Undi jangan tak undi.

Written by AbangNara | March 8th, 2011

salma mentor 5
Hebat gila. Itu aje yang mampu Abang Nara ungkapkan apabila mendengar suara Salma Mentor 5 di Youtube menyanyikan lagu Bertamu Di Kalbu. Kalah suara Erra Fazira, mentor dia. Abang Nara rasa peratusan Salma untuk bergelar juara Mentor 5 amat tinggi sekiranya dia dapat mengekalkan prestasi di minggu seterusnya. Jom layan video nyanyian Salma.

1. Video Salma di Minggu Pertama Mentor 5 – Bertamu Di Kalbu

2. Video Salma karaoke lagu Listen – Beyonce

 

3. Video Salma nyanyi lagu Anggapanmu

 

Sesapa yang rajin tengok Mentor dan ada banyak duit terlebih sila vote Salma supaya dia jadi juara Mentor 5. Sekian terima kasih.

 

 

Written by AbangNara | March 7th, 2011

mentor 5

Semalam Abang Nara hanya sempat melihat 2 protege terawal sahaja disebabkan terpaksa menonton kekalahan Manchester United di tangan Liverpool semalam. Tapi daripada apa yang di baca di Facebook BeautifulNara, ternyata persembahan Salma memang mantap. Ada sesapa yang layan Mentor 5 semalam? Boleh bagi komen korang sedikit.

mentor 5

Ada kontroversi sedikit semalam apabila Nas Ahmad kata Salma tak cantik. Ramai yang panas dengan Nas Ahmad yang cuba bikin panas tak bertempat. Kepada Nas Ahmad, hati-hati sedikit bercakap. Jangan main lepas je. Dah la jutaan orang menonton semalam. Tak gitu?

Apa pendapat korang pasal persembahan protege-protege semalam? Ada can tak nak celen Black?