Written by serenity | December 19th, 2017

Rancangan Nona yang disiarkan pada petang Ahad di TV3 sudah sinonim di kalangan masyarakat Malaysia. Ia ranjangan berbentuk majalah yang udah bersiaran lebih 30 tahun, dan untuk 2018 bakal menampilkan pelakon cantik manis, Mira Filzah sebagai pengacaranya.

Satu sidang media telah diadakan di Sri Pentas 18 Disember lepas untuk mengumumkan pemilihan Mira Filzah.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | February 2nd, 2016

Rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) telah membina khalayak pengikut tersendiri setelah bertahun-tahun di siarkan di stesen televisyen tempatan. Program ini telah dikendalikan oleh beberapa orang pengacara, antaranya Maria Tunku Sabri, Qi Razali, Iqram Dinzly, dan terbaru Nazrudin Habibur Rahman atau Naz.


 photo 11007853_1558713884410425_1817985644_n.jpg

Makan pelbagai hidangan lazat di pelbagai restoran untuk JJCM bagaimanapun ada natijahnya buat Naz. Melalui iSihat, Naz memberitahu bacaan kolesterol darahnya pernah mencapai 7.5 . Selepas mengawal pemakanan ia turun ke bacaan 6.5 dan kini dia sedang berusaha untuk menurunkan lagi bacaannya.

Doktor minta saya agar lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan selain menjadikan senaman sebagai rutin. Jika dulu juga asal minum mesti nak air manis namun sekarang saya lebihkan air suam. Setiap pagi isteri akan menyediakan oat untuk mengawal paras kolesterol.

Saya mulakan semula latihan senaman dengan slow running. Malahan kalau di rumah juga kami sekeluarga mengamalkan pemakanan kurang garam, kurang gula, tiada lagi makanan segera yang mengandungi MSG serta meminimumkan pengambilan daging.

Saya kini juga mahu lebih relaks dan tidak mahu memikirkan perkara yang saya tidak mampu kawal. Tidak mahu stress dan jujur saya akui mempunyai isteri yang memahami membuatkan separuh dari stres kita hilang. Isteri saya juga dulu produser jadi dia memang faham akan tugasan dalam bidang produksi.


 photo 10954420_1572827726296227_1983623134_n.jpg

Naz yang kini berusia 37 tahun bakal mengendalikan JJCM untuk musim depan juga memberitahu konsep rancangan itu akan ditukar pada gaya pemakanan lebih sihat pada musim depan.

Walaupun berpeluang merasai pelbagai jenis makanan saya hanya mengambil dua makanan terbaik di setiap restoran. Saya mahu program JJCM ini membawa mesej yang baik dan mendidik penonton bukan sahaja enjoy makan namun masih mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan banyak berjalan dan bersenam.


 photo 11008102_1477654735817437_435571230_n.jpg

Program JJCM kini lebih menarik dengan Naz sebagai pengacara. Idea untuk menjadikan konsep pemakanan dalam rancangan tersebut lebih sihat ialah sesuatu yang menarik. Kami pasti ramai yang ingin tahu di mana tempat atau restoran yang sesuai untuk menikmati makanan yang menyihatkan.

Semoga pembaharuan ini akan mendapat sambutan ramai untuk kebaikan bersama.

Assalammualaikum..selamat pagi..syukur ke hadrat ilahi masih berkesempatan melihat dunia pd pagi ini..Moga Allah s.w.t…

Posted by Nachos Cheese Powder on Wednesday, 20 January 2016

Written by serenity | September 29th, 2015

Baru-baru ini, seseorang telah menulis di Forum Cari bahawa pelakon dan pengacara Fouziah Ghous mengenakan pakaian tipis sehingga nampak pakaian dalam sewaktu mengacara untuk Nona Ahad lepas. Melalui mStar Online, Fouziah menafikan dakwaan tersebut.

Dia juga menganggap gosip itu sengaja disensasikan. Ujarnya:

Jujurnya saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak membaca blog atau pun forum kerana blog dan forum sengaja mencipta atau mencari sesuatu perkara untuk disensasikan.

 photo FO.jpg.png
Menurutnya dia dan krew produksi Nona sentiasa peka dengan pemilihan pakaiannya sepanjang mengacarakan Nona, termasuk memastikan ia tidak keterlaluan sehingga menjolok mata. Fouziah menambah dia juga sentiasa memakai singlet pada setiap pakaiannya termasuk penampilannya yang dikritik pada program itu Ahad lalu.

Saya tidak rasa nampak pakaian dalam kerana saya memakai singlet dan jika penampilan saya itu tidak sesuai pasti sudah ditukar oleh pihak produksi yang sentiasa peka terhadap aspek pemakaian.

Sebab itu saya kata isu itu sengaja diada-adakan kerana sepanjang mengendalikan Nona pihak produksi memang meneliti apa yang akan saya pakai tambahan pula penerbit saya pun seorang wanita yang bertudung.

Dia juga enggan melayan gosip tersebut yang dianggapnya sebagai tidak berfaedah.

Lebih baik saya fokus kepada kerja yang ingin saya lakukan daripada melayan gosip seperti itu.

Kami tidak menonton Nona Ahad lepas tapi kalau dilihat gambar di atas nampak pakaian itu biasa saja dan tidak menjolok mata. Tapi mata sesetengah orang kadang kala mempunyai pandangan tembus sebegitu. Apa pun. diharap gosip ini tidak melemahkan semangat Fouziah untuk terus mengacara Nona.

Hi! let’s join the Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 on 15-20 October, at NU Sentral, Kuala Lumpur.You will…

Posted by Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 – 15-20 Oct 2015 on Tuesday, 22 September 2015