Written by Bella | December 1st, 2015

Minggu ini dunia hiburan Malaysia dikejutkan dengan beberapa berita yang agak menyedihkan, bermula dengan berita Pak Yus meninggal  sehinggalah berita tentang Datuk Siti Nurhaliza yang keguguran.

Hari ini kita menerima satu lagi berita dimana Seniwati Mariani Ismail telah pergi meninggalkan kita semua sekitar jam 7.32 malam tadi.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh anak beliau Melissa Saila menerusi akaun Instagram miliknya. Buat masa in Melissa memberitahu jenazah ibunya kini berada di rumah beliau di Taman Kosmo Jaya, Sentul, Kuala Lumpur.

Bismillahirohmanirahim..Ibu saya Mariam @Mariani Bt. Ismail baru menghembuskan nafas terakhir beliau pada 7.32 mlm..Jenazah di 12A,Lorong Sentul Jaya 3,Taman Kosmo Jaya..Sentul.rancangan pengkebumian akn diberitahu..

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Mariani Bt Ismail. Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatiha buat beliau dan semoga  rohnya dicucuri rahmat.

Kemaskini : Jenazah dijadualkan akan disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul dekat sini pada Rabu dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang kira-kira pukul 11 pagi.

Sumber Berita: Instagram Melissa Saila

Written by AbangNara | March 9th, 2013

Melissa Saila telah pun berhijrah memakai tudung pada akhir tahun lepas. Orangnya yang memang cantik, bertambah cantik apabila menutup aurat. Sama dengan Sofea Jane, Abang Nara kagum dengan wajah Melissa Saila yang seolah-olah tidak ditelan usia.

melissa saila

Walaupun jarang menghiasi skrin televisyen sejak kebelakangan ini, Melissa Saila masih aktif di dalam dunia seni dengan bergerak di belakang tabir. Ini satu langkah yang bijak kerana persaingan yang amat sengit sekarang ini di kalangan pelakon-pelakon baru terutamanya.
melissa sailaSemoga Melissa Saila akan terus mengekalkan imej sebegini dan ceria menghadapi kehidupan di masa akan datang. Lagi 6 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Melissa Saila.

P.S: Lagu Sayang daripada Shae versi entah apa-apa

 
Written by AbangNara | October 5th, 2012

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Melissa Saila yang kini sudah tampil dengan imej bertudung. Kesedaran ini tampil apabila usia Melissa Saila tahun ini menginjak ke angka 40. Mula bertudung sejak bulan Jun, Melissa Saila tampak sangat manis dengan imej barunya ini.

melissa saila kini bertudung

Melissa Saila adalah salah seorang pelakon feveret Abang Nara ketika muda dahulu. Daripada dulu sampai sekarang, muka Melissa Saila maintain sama je. Tak makan dek usia. Tambah cantik apabila tampil bertudung.

melissa saila kini bertudung

Semoga dengan penghijrahan ini, rezeki Melissa Saila akan dimurahkan lagi. Tahniah sekali lagi kepada Melissa Saila. Info asal Kosmo.

P.S: Graffiti berskala besar.