Written by serenity | December 17th, 2015

Pelakon Almy Nadia dilihat tidak lagi berlakon untuk sebarang projek terbaru setelah melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan pelakon Fizz Fairuz. Almy mengakui tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon walaupun merasa rindu untuk berlakon semula.
 photo image.jpg
Dia juga ditanya sama ada sudah berjaya menguruskan badan, menyebabkannya tawar hati dan memilih untuk meneruskan perniagaan sengkuang calit sahaja. Kata Almy kepada Sinar Harian:

Tipulah jika saya tidak rindu untuk berlakon semula setelah melahirkan anak. Masa mula-mula dahulu memang rindu, kemudian lepas bersalin ada satu masa saya rindu lagi untuk beraksi.

Namun setelah beberapa bulan kemudian, masih tiada tawaran di samping terdengar pengarah bertanya sama ada badan saya sudah turun ke belum dan dalam masa sama saya sudah mula berniaga, jadi bagi saya, lebih baik saya teruskan berniaga.

Almy memberitahu dia juga akan mengambil kira faktor bayaran sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

Rasanya bagi saya berniaga lebih seronok kerana tunggu berapa jam pun di gerai, masih boleh jual barang di samping berpuas hati apabila dapat memberi orang makan.

Jika ditawarkan berlakon semula, saya perlu lihat juga pada bayaran. Sekiranya penggambaran sembilan hari hanya dibayar RM1,000 atau 2,000, lebih baik saya berniaga.

Almy juga mendakwa pelakon baharu sering menjadi pilihan penerbit dan stesen televisyen kerana mereka boleh dibayar rendah dan mudah untuk dikerah.

Pelakon baharu boleh dikerah dan dibayar rendah. Lagipun asal muka cantik dan hensem, mudah sahaja mereka berlakon.

Berbanding ketika kami dahulu ada label tersendiri, jika seseorang artis mahu masuk slot yang best mestilah dibarisi pelakon popular dan terkenal.

Jika artis itu tiada nama dan baharu, mereka tidak akan di pandang. Namun kini sangat berbeza asalkan ada rupa.

Oleh itu, pelakon lama seperti saya sudah tidak dipandang produksi dan stesen TV.

Kenyataan Almy itu turut mendapat reaksi dari pelakon Azhar Sulaiman.

Btw…….Pihak Produser suka ambik pelakon pelakon baru bukan sebab mereka mahu:-1-muka cantik sahaja tapi tak reti…

Posted by Azhar Sulaiman on Wednesday, 16 December 2015

Apa pun, Almy cantik dan berbakat juga orangnya, cuma mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak seperti kebanyakan wanita. Sekiranya membabitkan diri dalam perniagaan lebih memuaskan hatinya, selamat maju jaya diucapkan buat Almy. Apa pendapat anda?

Written by serenity | June 9th, 2013

Agak terkejut juga membaca laporan akhbar Kosmo! hari ini, yang pelakon Diana Danielle sudah selamat bersalin di Australia hasil perkongsian hidup dengan pengarah dan pelakon Farid Kamil.

Ini ialah kerana sepanjang pemerhatian kami, tiada sebarang kemas kini mengenai kelahiran anak mereka di media sosial yang dimiliki dan dikendalikan oleh kedua-dua pelakon tersebut sehingga ke hari ini.


Menurut laporan tersebut, Diana telah melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital berdekatan tempat tinggal Diana di sana sekitar penghujung Mei.

Untuk rekod, Farid Kamil dan Diana Danielle telah melangsungkan pernikahan pada 3 November 2012, .dan dua minggu selepas itu Diana mengumumkan dia telah mengandung dan pengumuman itu menimbulkan spekulasi.

Apa pun, tahniah diucapkan sekiranya benar Diana telah selamat bersalin. Untuk makluman anda juga, tiada maklumat lain bekenaan kelahiran tersebut yang dapat diberikan buat masa ini.

Written by serenity | January 15th, 2013

Adakah anda masih ingat dengan Atie AF? Seakan-akan menyepi selepas berkahwin, kami dimaklumkan yang artis keluaran Akademi Fantasia ini telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 8 Januari lepas.

Nama bayi Atie ialah Zara Rijwani binti Saiful.

Semoga kehadiran Zara Rijwani akan mengeratkan lagi hubungan Atie AF dengan suami. Untuk makluman, Atie atau nama penuhnya Suriati Abu Bakar telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Saiful Anuar Baharim sekitar 2007.

Sebelum ini Atie pernah melahirkan keluhannya dalam akhbar kerana masih belum dikurniakan anak walaupun sudah berkahwin selama empat tahun pada 2011. Tahniah buat Atie kerana akhirnya tercapai juga impiannya untuk memiliki anak.