June 3rd, 2019

Nampaknya kontroversi kemelut rumah tangga Chef Fikree yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu masih belum berakhir.

Sekali lagi bekas isterinya, Sharifah Zuriehan Ben Yahya membuat pendedahan menerusi akaun Instagram mendakwa Fikree telah menghalaunya dan anak mereka, Jayden dari rumah sewa selepas tiga hari diceraikan.

Dalam pada itu, Zuriehan berkata, dia sudah beberapa kali cuba memujuk bekas suaminya itu untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, namun segala usahanya gagal dan tidak diendahkan.

Terdahulu, Zuriehan mendakwa Fikree juga tinggal sebumbung dengan skandalnya biarpun di bulan Ramadhan yang mulia. Malah, Zuriehan turut mendakwa ini bukan kali pertama lelaki itu berlaku curang,  sebelum ini dia juga pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara TV9.

Bagaimanapun, Fikree dalam satu kenyataan menafikan segala tuduhan dia berlaku curang dan minta diberi ruang untuk menyelamatkan rumah tangganya.

Sumber Berita : mStar Online

May 31st, 2019

Chef selebriti, Fikree Aznan kini menjadi perhatian netizen dan juga media setelah isterinya, Sharifah Zuriehan mendedahkan kecurangannya bersama wanita berstatus isteri orang.

Pelbagai spekulasi liar timbul termasuklah ada yang mengatakan skandal Fikree merupakan seorang pengacara yang sama-sama bergandingan dengannya dalam sebuah program jualan langsung di sebuah stesen televisyen.

Lama berdiam diri, akhirnya Fikree tampil membuat kenyatana menyatakan segala tuduhan dan berita dia berlaku curang itu tidak benar sama sekali.  Buat masa ini, dia meminta agar orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi dan mohon diberi ruang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya itu.

Terdahulu Zuriehan mendakwa Fikree juga tinggal sebumbung dengan skandalnya biarpun di bulan Ramadhan yang mulia. Malah, Zuriehan turut mendakwa ini bukan kali pertama Fikree berlaku curang,  sebelum ini dia juga pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara TV9.

May 31st, 2019

Sejak beberapa hari lalu, kontroversi chef selebriti, Chef Fikree Aznan yang berlaku curang dan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang cukup hangat diperkatakan.

Terbaru, satu sumber menerusi Miss K di portal Astro Gempak memberitahu, wanita yang dikaitkan sebagai skandal Fikree adalah pengacara yang sama-sama bergandingan dengannya dalam sebuah program jualan langsung di sebuah stesen televisyen.

Seorang pengirim yang mahu dirinya dikenali sebagai Marry nak kongsi cerita panas lagi terkini (dia kata). Marry mendakwa dia tahu hubungan cinta Chef selebriti, Fikree Aznan dengan seorang pengacara. Si Marry sebut ‘skandal’.

Tulis Marry dalam e-mel itu, wanita yang dikaitkan dengan Chef Fikree ialah pengacara yang sama-sama mengacara program jualan langsung di sebuah stesen televisyen, dikenali sebagai Masrenny Masri.  Marry juga telah menghantar paparan perbualan dua individu mengenai Fikree dan Masrenny. Sungguh berani Marry membuat pendedahan kan?

Namun, tidak dapat dipastikan lagi kesahihan dakwaan individu tersebut. Mungkin ia sekadar gosip ataupun hubungan mereka sebagai rakan sekerja sudah disalah erti oleh sesetengah pihak.

Sumber Berita : Astro Gempak