January 14th, 2015

Bekas pengurus Zizan Razak hari ini berjaya memperoleh perintah injunksi sementara untuk menghalang pelawak dan pelakon itu daripada menandatangani sebarang kontrak baharu dan membuat sebarang endorsement dengan stesen televisyen berbayar, Astro atau mana-mana produksi lain sehingga injunksi kekal didengar.

Injunksi sementara secara ex-parte (sebelah pihak) itu dikeluarkan oleh Hakim Hassan Abdul Ghani di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
marina jukiPerkembangan kes itu dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam Harjit Singh Sandhu yang mewakili Marina Juki selaku pihak plaintif.

Harjit berkata, mahkamah akan memutuskan pada 6 Mac ini sama ada untuk membenarkan permohonan Marina bagi mendapatkan injunksi kekal atau sebaliknya.
zizanPada 5 November tahun lalu, Marina memfailkan saman ke atas Zizan yang dinamakan sebagai defendan tunggal di Mahkamah Sesyen atas dakwaan pelawak terbabit telah menandatangani kontrak dengan syarikat televisyen berbayar itu sebelum kontrak bersama Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. tamat. Sumber Utusan Online.

November 14th, 2014

Rasanya satu ketika dahulu, Zizan Razak dan Marina Juki telah memaklumkan kepada media yang mereka akan bersemuka untuk menyelesaikan kesemua masalah yang melanda. Setahu Abang Nara, tak ada sebarang berita mengenai pertemuan mereka dan tup-tup hari ini kita dikejutkan dengan tuntutan saman lebih daripada RM500,000 yang dikemukakan oleh Marina terhadap Zizan. Entah di mana silapnya, masalah yang boleh diselesaikan secara perbincangan kini terpaksa dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan lanjut.

zizan razak

Menerusi Berita Harian, Zizan memaklumkan yang dirinya tertekan dengan kes saman yang dihadapinya lebih-lebih lagi dengan pelbagai komitmen kerja yang perlu dilunaskan. Malah Zizan juga melahirkan rasa yakin bahawa tindakannya yang dilakukannya adalah tidak salah. Kata Zizan:-

Secara ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui mengenai tindakan guaman ini ketika ia diterbitkan media pada malam kelmarin. Saya rasa sedih dan kecewa apabila individu ini (merujuk kepada Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar.

Tindakan mereka itu tanpa memaklumkan saya atau pihak guaman saya sendiri. Saya berasa benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat saya sedang sibuk dengan pelbagai komitmen kerja yang memerlukan perhatian.

Saya serahkan segala-galanya kepada peguam untuk melakukan yang terbaik. Apapun saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak.

zizan dan marina juki

Seperti yang dimaklumkan, perkara ini sudah pun menjadi kes mahkamah dan kita selaku peminat hanya mampu menunggu hari perbicaraan untuk mengetahui pihak mana yang benar dan pihak mana yang salah. Semoga pihak yang benar akan memperolehi kemenangan. Sama-samalah kita nantikan.

November 14th, 2014

Marina Juki yang merupakan bekas pengurus kepada Zizan Razak telah pun memfailkan saman lebih daripada RM500,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 6 November lalu. Saman itu dikemukakan kerana Zizan telah menandatangai kontrak dengan syarikat lain sedangkan kontraknya dengan Wire Fame Entertainment hanya akan tamat pada 5 Mei 2015. Untuk makluman, Zizan dan Marina merupakan rakan kongsi untuk syarikat Wire Fame Entertainment.

zizan razak

Kemelut antara Zizan dan Marina telah pun berpanjangan sejak bulan Mei lalu. Antara kontroversi yang timbul ialah pembekuan wang syarikat oleh Zizan yang mendakwa Marina menyeleweng duit syarikat. Pada bulan Mei 2014, Zizan telah pun menandatangani kontrak bersama Astro yang dikatakan bernilai jutaan ringgit. Berkata kepada Harian Metro, Marina Juki memaklumkan jumlah saman yang dikemukakan ialah berdasarkan kerugian syarikat sejak Zizan berpindah ke syarikat baru.

Jumlah tuntutan itu berdasarkan kerugian pihak kami tanggung sejak Zizan melanggar kontraknya dan pergi ke pengurusan baru.

Sejak saya buat pengumuman untuk teruskan tindakan undang-undang sekitar Jun lalu, memang pihak syarikat sudah mula mengumpulkan bukti sokongan.

Akhirnya bulan lalu kita berjaya kumpulkan semua bukti kukuh dan saya menerusi peguam Tetuan Sarjit Handhu memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu terhadap Zizan.

Untuk selebihnya, saya minta maaf tak boleh ulas lanjut kerana ia sudah membabitkan kes mahkamah.

zizan razakTuntutan saman oleh Marina ini termasuk ganti rugi khas lebih RM500 ribu, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh Zizan daripada syarikat lain serta faedah lain sebanyak 5 peratus setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan. Marina juga turut meminta injuksi menghalang Zizan meneruskan kontrak dengan syarikat lain kerana masih ada kontrak dengan Wire Fame. Sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes ini. Kalau ada peguam antara pembaca BeautifulNara, sila kongsikan pendapat anda.

P.S: Wanita dijangkiti HIV kerana membuat manicure

July 1st, 2014

Kemelut antara Marina Juki dan Zizan Razak turut sama mengaitkan nama Emma Maembong di dalamnya. Emma dikatakan menjadi punca pertelingkahan antara Marina dan Zizan sehingga menyaksikan Zizan membekukan akaun bank syarikat tanpa pengetahuan rakan kongsinya itu. Baru sahaja pulang dari Jepun, Zizan kini tampil membersihkan nama kekasihnya itu daripada lumpur kemelut yang sedang melanda dirinya (amboi ayat).

zizan

Kata Zizan menerusi Berita Harian:-

Emma tidak ada kena mengena pun dalam hal ini. Beliau tidak tahu apa-apa berkaitan kerja saya, termasuk urusan syarikat. Sebenarnya pihak yang sibuk mencanang Emma sebagai punca segala-galanya hanyalah seorang dua. Mereka yang ‘berkokok’ itu pun bukan mengenali saya dan Emma, tetapi sesuka hati membuat tuduhan tanpa usul periksa.

marina

Ditanya mengenai tindakan rakan kongsinya dalam Wire Fame Entertaiment, Marina Juki yang membuat laporan polis kerana tindakannya membekukan akaun syarikat, Zizan berkata:-

Buat masa ini saya tidak boleh komen, lagipun saya baru saja pulang dari Jepun. Biarlah saya selesaikan perkara ini terlebih dulu. Cuma saya agak terkejut dengan tindakan Marina yang mengadakan sidang media sewaktu saya tiada di sini.

Fikiran saya masih waras. Saya mahu menyelesaikan perkara ini secara baik. Apabila semuanya sudah selesai, saya sendiri akan panggil media dan jelaskan perkara sebenar.

zizan

Diharap Zizan meletakkan keutamaan nombor 1 untuk menyelesaikan kemelut ini. Bukan apa, Abang Nara lihat sedikit sebanyak kontroversi ini telah menjatuhkan reputasi Zizan. Sedikit sebanyak pasti ada impak lebih-lebih lagi di kalangan peminat yang selama ini menganggap Zizan sebagai artis yang jarang dilanggar kontroversi. Cepat-cepat jumpa Marina, cepat-cepat selesaikan persengketaan dan cepat-cepat umumkan persefahaman telah berjaya dicapai. Tak gitu?