May 18th, 2016

Minggu lepas, cukup hangat dengan isu dimana Maria Farida didakwa memukul anak tirinya. Ekoran perkara berkenaan, ramai pihak yang mengkritik Maria tanpa mengetahui hal sebenar dan pelbagai tuduhan juga dilemparkan kepada dirinya. Ekoran perkara itu, Maria sudah kemukan saman fitnah terhadap Karen Rayyan dan memberi amaran agar wanita itu tidak mengganggu beliau dan Datuk Rahman.

Terbaru, menerusi portal Utusan Online Maria yang ingin membersihkan namanya memberitahu beliau sama sekali tidak ada niat untuk menganiaya anak-anak tirinya dan cuba untuk menjaga mereka dengan baik.

Saya menjaga anak-anak suami dengan bekas isterinya dengan baik, tidak ada niat menganiaya memandangkan saya juga seorang ibu. Untuk memastikan mereka juga selesa dengan saya, tidak pernah sekalipun untuk saya menidakkan mereka dalam aktiviti keluarga.

Saya tidak hanya menerima suami dalam hidup ini, tetapi anak-anak dia juga adalah sebahagian dari hidup saya hari ini. Jika ada yang kata saya mendera, lebih elok rasanya kalau soalan itu ditanya kepada anak-anak saya sendiri.

Tambah Maria, beliau juga bukan seorang perampas bahkan sebelum berkahwin dengan Datuk Rahman beliau pernah menolak lamaran lima orang lelaki.

Maria berkahwin dengan Datuk Rahman hanya selepas ahli perniagaan itu sudah bercerai dengan bekas isterinya Karen Rayyan.

Saya pernah menerima lamaran daripada lima lelaki, dan ada yang sudah memberi cincin tetapi saya pulangkan semula. Sampai keluarga saya yakin dan anggap yang saya akan membujang sampai bila-bila. Saya mengenali suami saya atas dasar kerja pada mulanya.

Kami tidak pernah ada skandal seperti yang diberitahu orang. Selepas dia bercerai kami mula baik, dan dia melamar saya. Akhirnya kini saya adalah seorang isteri yang bahagia di sisi dia.

Sebenarnya sebelum berkahwin lagi, Maria sudah tahu bahawa isu perampas ini akan timbul dan beliau redha dengan segala ujian yang diberikan dalam rumah tangga beliau.

Sumber Berita : Utusan Online

May 11th, 2016

Kemelut antara Maria Farida dengan pengasas produk kecantikan KR Beauty Care , Karen Rayyan seakan semakin menjadi-jadi.

Beberapa hari lepas, Shazleen Rahman iaitu anak Datuk Rahman ada memuat naik video dimana adiknya Rayyan mengaku ditampar oleh ibu tirinya iaitu Maria Farida. Video itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan ada pihak terus mengkritik Maria jahat dan sebagainya.

Berikut adalah video yang dimuat naik oleh Shazleen :-

Tidak mahu dirinya terus dipersalahkan, Maria menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik video dimana Rayyan disoal oleh Datuk Rahman bagaimana Maria menjaga anak tirinya selama ini.

Ada satu bahagian didalam video tersebut, Rayyan memberitahu beliau menipu kerana takut ibunya akan memukul beliau.

Kami tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai video-video diatas, tetapi kesian juga kepada anak kecil yang tersepit di tengah-tengah kemelut antara dua wanita berkenaan. Ermmh..

May 10th, 2016

Kalau dahulu bersahabat baik, kini Maria Farida dan bekas isteri suaminya, Karen Rayyan umpama anjing dengan kucing. Sejak awal perkahwinannya dengan Datuk Rahman, Maria Farida sehingga ke hari ini seringkali diganggu, difitnah dan diugut oleh Karen. Tidak tahan dengan apa yang dialami, Maria Farida telah pun memfailkan saman terhadap Karen. Namun begitu, Maria Farida kini sedang berada di dalam keadaan trauma akibat perbuatan Karen. Sedihnya.

maria farida

Trauma bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Silap-sila sampai tahap takut nak keluar rumah. Namun nasib baiklah Maria Farida dan Datuk Rahman telah mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan mereka. Kata Maria Farida:-

Sebelum menjadi isteri Rahman, saya telah diberi amaran oleh rakan rapat dan suami bahawa akan berlaku perbalahan sebegini. Saya sudah bersedia, namun tidak menyangka ia akan berlarutan selepas enam bulan kami berkahwin. Tiada apa yang saya harapkan selain kehidupan yang tenang.

Sejujurnya saya kini berdepan trauma. Selain terganggu fokus sewaktu bekerja, ia sedikit sebanyak menjejaskan emosi. Disebabkan gangguan dan segala ugutan, saya dan suami juga telah mengambil keputusan untuk mengupah pengawal peribadi sejak tahun lalu bagi menjaga keselamatan kami sekeluarga.

maria

Bagi Abang Nara, Karen kenalah menerima hakikat yang bekas suaminya telah pun berkahwin dengan Maria Farida. Perkara yang lepas tak perlu dikenang. Menangis air mata darah sekalipun tak ada apa yang akan berubah. Karen pun masih hot, cun melecun dan menawan. Pasti ada lelaki di luar sana yang mahu mencuri hatinya. Tak gitu? Sama-sama kita doakan agar Maria, Karen dan Datuk Rahman dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang selepas ini. Sumber Kosmo.

May 6th, 2016

Pelakon Datin Maria Farida telah nekad untuk mengemukakan saman fitnah terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Karen Rayyan. Hasratnya itu diluahkan menerusi satu sidang media yang diadakan oleh beliau sebentar tadi.

Maria sudah tidak tahan apabila Karen sering memfitnah beliau sebagai punca rumah tangga beliau dan Datuk Rahman retak sehingg bercerai.  Selain itu Karen juga menjaja cerita kononnya Maria berebut kasut dengan anak tirinya,bomohkan suami , perampas suami orang dan lebih teruk lagi Maria dikatakan menampar anaknya.

Malah, sejak 9 bulan lalu Karen sering mengganggu Maria dengan menghantar pelbagai mesej dengan bahasa kesat dan berbaur ugutan.

Setiap hari sejak sembilan bulan lalu dia hari-hari menghantar SMS ugutan, makian dan cacian terhadap saya dan suami dengan menggunakan bahasa kesat yang malu untuk saya nyatakan di sini.

Maria (kiri) dan Karen (kanan) ketika masih bersahabat

Itu belum termasuk segala fitnah yang dia lemparkan terhadap saya secara terbuka di laman sosial tetapi saya masih berdiam diri dan enggan melayan semua tuduhan.

Tetapi apabila dia menuduh saya menampar anaknya, melabel saya sebagai seorang ibu tiri yang jahat malah menuduh saya menggunakan ilmu hitam, ia sudah melampau dan melebihi tahap kesabaran saya. Jalan terbaik adalah menyelesaikan kes ini di mahkamah dan saya telah pun memfailkan saman fitnah terhadapnya berhubung isu ini. Lagi saya diam, dia semakin menjadi-jadi.

Terdahulu, Maria pernah menghantar dua surat saman kepada Karen  pada bulan November dan Disember tahun lalu, tetapi pelakon itu tidak mengambil apa-apa tindakan kerana Karen berjanji akan berubah.  Walaubagaimanapun, Karen telah memungkiri janji dan masih mengganggu rumah tangga  Maria.

Datuk Rahman pula memberitahu, insiden beliau dilanggar oleh bekas isterinya itu adalah benar. Kejadian tersebut berlaku  di Taman Nirwana, Ampang pada Isnin lepas.

Kejadian itu berlaku kerana saya ingin ambil anak-anak kerana mereka hak saya dan dia telah melanggar perintah mahkamah tetapi dia pula bertindak melanggar saya sehingga mengakibatkan kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan.

Tetapi dia dakwa dia cuba pertahankan diri dan saya terjatuh tetapi hakikatnya dia di dalam kereta saya di luar malah saya terheret sejauh lima meter. Dia kata dia pertahankan diri tetapi di Instagram dia dengan bangga memberitahu dia sepatutnya seret saya sehingga mati dengan memuat naik gambar anjing yang diseret. Anda nilaikan sendiri.

Memang hangat betul persengketaan antara Maria Farida dan bekas isteri Datuk Rahman.  Ermmh, tidak tahu apa masalah mereka berdua sebenarnya tetapi berkemungkinan besar kerana salah faham dan rasa tidak puas hati yang wujud didalam hati. Kita nantikan sahaja perkembangan kes ini.

Sumber Berita : mStar Online