Written by AbangNara | May 22nd, 2015

Susulan laporan polis yang dilakukan terhadapnya oleh bekas suami, Aidil Zafuan, Rita Rudaini telah tampil mempertahankan diri. Iyerlah, siapa tahan kalau ada panggilan bertalu-talu masuk ke telefon kita di tengah-tengah malam. Rita memaklumkan yang dia sekadar memuatnaik naik nombor yang sering menganggunya di Instagram tanpa mendedahkan identiti pemilik nombor tersebut.

rita rudaini

Kata Rita Rudaini:-

Saya menyiarkan nombor telefon orang yang menganggu saya kerana mahu tidakan itu diberhentikan segera. Dalam keterangan gambar yang saya muat naik di Instagram, saya tidak sebut pun siapa pemilik nombor berkenaan.

Saya tahu dia (Aidil) buat laporan polis tetapi laporan berdasarkan apa? Apa bukti saya memburuk-burukkan isterinya? Saya cuma memuat naik nombor telefon orang yang selalu menganggu saya kerana tidak tahan dengan tindakannya.

aidil zarema rita

Ada benarnya juga kata Rita Rudaini itu kan? Entahlah. Sesekali terasa macam tengah tengok drama Sepanyol pula. Satu demi satu kontroversi melanda mereka bertiga ini. Masing-masing ada pendapat masing-masing. Masing-masing merasakan diri sendiri berada di pihak yang benar. Apa pun laporan polis telah dilakukan. Sama-samalah kita tunggu hasil siasatan. Sumber Kosmo.
manja sirehP.S: Ada masalah-masalah di atas untuk Miss V anda? Segan nak kongsi dengan rakan-rakan untuk cari jalan penyelesaian? Tak perlu risau lagi. Gunakan sahaja Manja Sireh Hygeniec Wash. Memang berkesan berdasarkan ribuan testimonial. Suci, bersih dan halal. Cerita banyak tak guna. Sila ushar di Facebook Fyqa Signature HQ dan juga Instagram Signature HQ.

 

Written by AbangNara | May 20th, 2015

Alhamdulillah. Ada 2 berita gembira untuk pelakon Faralyna Idris dan suaminya. Satu adalah berita penghijrahannya yang kini telah bertudung dan kedua, berita kehamilan anak pertamanya. Untuk yang tidak tahu, Faralyna telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri pada bulan Disember 2014. Nampaknya ramai selebriti wanita yang mengambil keputusan untuk menutup aurat selepas berkahwin. Satu perkembangan yang amat bagus.

faralyna idris bertudung

Khabarnya kehamilan Faralyna masih berada dalam fasa trimester pertama. Jadi kenalah banyak berhati-hati dan tak terlalu membuat kerja berat. Semoga segalanya berjalan buat Faralyna dan suami. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

faralyna idris bertudung

P.S: Wanita-wanita di luar sana marilah sama-sama menjaga kebersihan alat sulit anda dengan Manja Sireh yang merupakan produk medicated hygenic wash terlaris di Facebook dan Instagram. Diperbuat daripada aloe vera, buah manjakani, sirih dan olive oil, Manja Sireh dijamin halal, suci dan bersih.  Beli sekarang di Tengok sendiri di Facebook Fyqa Signature HQ dan Instagram Signature HQ.

 
Written by AbangNara | May 14th, 2015

Rupa-rupanya 9 Mei yang lalu adalah hari jadi Diana Rafar. Sesungguhnya tiada hadiah yang lebih besar daripada pernikahan semula Diana dan Zamarul yang bakal berlangsung pada 14 Mei ini (hari ini). Pada mulanya tarikh pernikahan pertama mereka iaitu 16 Mei dipilih namun kerana tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu, maka mereka berdua akan disatukan kembali hari ini. Tak kisahlah mana-mana tarikh, yang penting hubungan mereka kembali semula sebagai suami isteri. Itu paling penting.

diana rafar

Untuk makluman, Diana Rafar dan Zamarul Hisham telah pun bercerai selama 4 bulan sebelum membuat keputusan untuk kembali bersama. Terharu juga Abang Nara membaca kata-kata Diana Rafar tentang penyatuan ini. Tiada paksaan, tiada ugutan sebaliknya masing-masing tahu yang si dia adalah yang terbaik. Kata Diana:-

Sejujurnya, sepanjang tempoh empat bulan berpisah sebagai suami isteri, kami bermuhasabah diri dan menilai kembali kesilapan masing-masing. Bagi saya berpisah sementara itu merupakan ujian dan nikmat terbesar dalam perkahwinan kami. Tanpa sedar kami membuat keputusan untuk kembali bersama.

Ingin saya tegaskan, tiada paksaan daripada mana-mana pihak termasuk Zamarul untuk kami kembali rujuk. Ia berlaku secara semula jadi tanpa kami jangka. Kami berdua sendiri cukup terkejut dengan keputusan tersebut kerana sepanjang empat bulan berpisah, soal jodoh memang diserahkan kepada Allah dan tidak pernah berbincang tentang merujuk semula perkahwinan. Saya sifatkan jodoh saya dan Zamarul masih kuat

Kami tidak meletakkan sebarang janji kerana apa yang berlaku iaitu bercerai dan rujuk semula sesuatu yang tidak dirancang. Cuma selepas apa yang berlaku, saya sedar bahawa kami tidak boleh terlalu selesa dengan apa yang dimiliki.

Walaupun sudah berkahwin, proses belajar untuk menjadi isteri dan suami yang baik tidak pernah tamat. Kami akan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan lebih baik

Tahun lepas juga merupakan tahun yang penuh dengan ujian buat saya. Hanya sejak awal bulan ini hidup saya kembali berubah ke arah positif. Bukan sahaja tarikh lahir saya jatuh pada 9 Mei tetapi saya turut ditawarkan menjadi duta produk Sugar Scarf dan Dr. Glow. Hadiah terbesar saya adalah kembali bersatu dengan Zamarul sebagai suami isteri

Walaupun tidak dapat tarikh yang kami inginkan, saya tidak kisah asalkan ia berlangsung pada bulan Mei. Tiada lagi impian saya selain melihat keluarga kami membesar dan kekal sehingga akhir hayat.

Bagi saya, penyatuan semula kami hasil doa daripada orang sekeliling, terutamanya keluarga dan peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada kami berdua

diana rafar

Pastinya hari ini adalah hari gembira buat Zamarul, Diana dan anak mereka. Semoga segalanya berjalan lancar. Semoga kesilapan lalu menjadi pengajaran buat mereka. Tahniah Zamarul dan Diana. Selamat pengantin baru Abang Nara ucapkan. Sumber Kosmo.
diana rafar

P.S: Wanita sememangnya mementingkan kebersihan lebih-lebih di bahagian sulit. Apa kata cuba pencuci wanita yang paling laris di Facebook dan Instagram iaitu Manja Sireh. Segar, wangi, suci dan bersih. Siapa dapat produk percuma lagi. Ramai yang dah berpuas hati dan bagi testimonial. Tak caya? Tengok sendiri di Facebook Fyqa Signature HQ dan Instagram Signature HQ. Korang confirm nak beli terus.