Written by AbangNara | December 30th, 2010

Nah video yang bakal menjadi sejarah dalam bola sepak Malaysia. Video highlight Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF Cup. Tahniah kepada Safee kerana menjadi Top Scorer Tournament. Tapi agak tak berpuas hati sebab MVP(Most Valuable Player) dimenangi oleh pemain Indonesia. Sepatutnya Muslim atau Fahmi yang lebih layak menang.

Hari ini nak buat entri pasal bola je sebab semangat tengah berkobar-kobar nie. Sila jangan marah.

Written by AbangNara | December 29th, 2010

obefiend laser

Tak perlu takut tak perlu gentar, spek mata hitam sudah ada untuk menghalang pancaran laser dari coli Julia Perez. Mari kita nyanyikan lagu di bawah ini bersama-sama semasa menonton final Piala Suzuki AFF Cup nanti. Malaysia Boleh ~~ Kredit gambar Obefiend.

[note]Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa,
Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti!
[/note]

Written by AbangNara | December 28th, 2010

***Mohon maaf kerana daripada blog gosip tiba-tiba bertukar menjadi blog bolasepak. Hidup Malaysia!!!

Esok, Malaysia akan bertandang ke Jakarta untuk final kedua Piala AFF Suzuki Cup. Berbekalkan kemenangan 3-0, kita ada bekalan selesa di sana. Tapi player Malaysia tak boleh over confidence. Kita kena kekalkan corak permainan yang ditunjukkan di Bukit Jalil.

Kata orang, sebelah tangan Malaysia sudah pun menggengam Piala Suzuki AFF Cup nie. Tapi di Indonesia nanti confirm pelbagai halangan bakal menimpa. Kami pasti yang rakyat Indonesia akan membuat serangan laser ke atas player Malaysia nanti. Dan dengarnya, pelakon Julia Perez bakal memakai baju laser untuk menganggu tumpuan pemain kita.

Sebelum kita berjuang di Jakarta, kita imbas kembali detik-detik kemenangan di Bukit Jalil di video di atas. Dalam 3 gol yang dijaringkan, gol favourite kami tak lain tak bukan tandukan dari Safee Sali. Sekali tengok macam tandukan Wayne Rooney. Macam peluru menerjah gawang Markus yang terkesima tak tahu nak buat apa.

Marilah kita sama-sama menggembleng tenaga dan sokongan buat pemain bola sepak negara kita. Walaupun rakyat Indonesia sekarang sedang membuat serangan cyber di Twitter dan Facebook untuk memburukkan nama negara kita, persetankan semua itu. Yang penting kemenangan bakal jadi milik mutlak kita.

Indonesia boleh memang di Internet, tapi juara di padang bola sepak pasti jadi milik Malaysia. Harimau pasti membaham Garuda di Jakarta. Malaysia boleh!!!

Written by AbangNara | December 26th, 2010

malaysia menang Aff cup

Korang nak cakap apa kami tak kisah dah. Malaysia main macam Manchester United tadi. Sepatutnya tambah 2,3 gol lagi. Tapi orang kata tak baik riak sangat. 3-0 sudah. Penyokong Indonesia balik confirm meroyan tak ingat. Hidup Malaysia. Hidup bola sepak Malaysia. I love you guys~~

Jumpa di Jakarta nanti.

P.S: Kami cadangkan K. Rajagobal (jurulatih Malaysia) diconsider untuk diberi gelaran Datuk. Bukan sebab kemenangan ini sahaja tapi sebab nampak team bola sepak Malaysia ada banyak peningkatan sejak dilatih oleh beliau. Ada sesiapa setuju?

P.P:S: Indonesia kata kita menang sebab gangguan laser. Kami kata Malaysia menang sebab Malaysia lebih bersemangat dan ghairah dengan sokongan padu puluhan ribu rakyat Malaysia.