Written by Bella | August 5th, 2019

Baru-baru ini, Abang Nara ada berkongsi tentang beberapa makanan halal yang WAJIB dicuba sekiranya anda terbang ke Taiwan.  Ha, hari ini Abang Nara nak cerita lagi pasal Taiwan, sebab memang banyak tempat menarik, aktiviti-aktiviti “outdoor”, hotel yang Muslim-friendly dan restoran halal yang boleh diterokai apabila anda menjejakkan kaki ke Taiwan, terutamanya bandar Taipei, Taichung dan Kaohsiung. Untuk geng-geng Instafamous pun ada lokasi cun melecun yang akan membuatkan gambar anda nampak superb meletup!!! Jom baca.

visit taiwan taipei 101

Memang kebabom la kalau upload kat Instagram gambar anda berlatarbelakangkan Taipei 101. Confirm dapat ribuan LIKES!

Hotel Muslim-friendly di Taiwan

  1. Hotel Papa Whale

papa whale hotel taiwan locationTerletak di tengah-tengah Ximending yang terkenal sebagai syurga membeli-belah, Hotel Papa Whale menyediakan tempat makan berasingan yang mempunyai sijil halal untuk pelawat Muslim. Senang sikit nak isi perut sebelum dan selepas berjalan-jalan mengelilingi Taiwan. Sebagai bonus, anda hanya perlu berjalan kaki selama lebih kurang 10 minit untuk ke MRT Taipei’s Main Station.

Alamat: No.46, Kunming St., Wanhua Dist., Taipei City 108, Taiwan

Nombor telefon: +886-2-2331-1177

  1.  Taichung Stay Hotel Zhongqing

Taichung Stay Hotel Zhongqing halal Menyediakan sarapan pagi halal, anda boleh menikmati keunikan dan kesibukan “North District” Taiwan apabila menempah hotel ini. Turut disediakan ialah wi-fi percuma, tempat menyimpan beg dan mesin basuh.

Alamat: No. 63, Section 1, Zhongqing Road, North District

Nombor telefon: +886-4-2208-3888

  1. City Suites (Kaohsiung Chenai)

City Suites Kaohsiung Chenai hotel

Hotel yang terletak di bandar Kaohsiung ini mempunyai dapur dan restoran yang diiktiraf halal sekaligus memudahkan anda menjamu selera pada bila-bila masa. Selain itu, ia terletak hanya 7.8 kilometer dari lapangan terbang Kaohsiung International Airport (KHH). Senang la nak angkut beg bila percutian anda tamat kelak.

Alamat: No. 1, Dayi St, Yancheng District, Kaohsiung City, 80343

Nombor telefon: +886-7-521-5116