Written by AbangNara | November 20th, 2009

mamak palsu

Kalau anda baca Harian Metro semalam, ada satu cerita pasal mamak yang kantoi tak pandai mengucap. Kononnya mamak Muslim tapi bila disuruh mengucap dan baca Fatihah memang terang-terangan tak reti langsung. Yang tak boleh blah siap cover line dengan gantung ayat-ayat Al-Quran kat kedai dia. Memang sungguh kurang ajar dan celaka mamak-mamak macam nie.

Jadi pengajarannya di sini kenalah berhati-hati makan kat kedai mamak. Bukan semuanya halal dan bukan semua mamak tue mamak muslim. Diorang memang pandai nak mempergunakan sijil halal dan ayat-ayat Al-Quran asalkan ramai orang Islam datang makan. Padahal makanan yang dimasak tue diorang bukan kisah pun halal ke haram. Yang penting duit masyuk ~~~

Susah betul duduk kat Malaysia sekarang nie. Ramai sangat yang nak menipu asalkan dapat duit banyak. Tahniah kepada pihak JAKIM kerana berusaha keras untuk buat serbuan macam nie. Teruskan usaha anda. Jangan biarkan kami hidup dalam keraguan. Lagi-lagi dalam bab bab makanan nie. Kang tetiba perut buncit semacam je. Tapi sayangnya diorang tak bagitau nama kedai mamak tue dalam suratkhabar. Kami rasa sepatutnya kenalah bagitau. Baru kita boleh boikot beramai-ramai.

Kalau nak baca berita penuh dalam Harian Metro semalam, sila baca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Penari Poco-Poco kerana berkongsi info ini.