December 7th, 2019

Sejak beberapa hari ini, kecoh dengan isu susu pisang ‘Nilofa’ yang baru dipasarkan oleh usahawan berjaya iaitu Neelofa.

Ramai menyelar pemasaran produk tersebut itu yang seperti ‘overclaim’ tentang kebaikannya daripada sudut kesihatan. Katanya, susu pisang itu boleh mengurangkan obesiti, tekanan darah dan meningkatkan kadar metabolisma.

susu pisang nilofa

Ditanya mengenai hal itu, Neelofa nyata kecewa dengan respons yang diberikan oleh orang ramai kepadanya sebagai orang baru dalam industri makanan dan minuman (F&B).

Wanita cantik itu menganggap hal susu pisang itu menjadi isu yang besar berpunca daripada sikap sesetengah orang Melayu yang baginya mahu menjatuhkan bangsa sendiri.

Bangsa lain semua (mungkin) tengah tepuk tangan sebab anak Melayu nak berniaga tapi kita sesama bangsa (sebaliknya) menjatuhkan dan tutup peluang.

susu pisang nilofa

Tambah Neelofa lagi, banyak lagi produk lain di pasaran yang tidak mematuhi piawaian tetapi hanya kerana Nilofa adalah produk di bawah namanya, ramai yang cuba menjatuhkannya.

Itu sebab saya sedih orang Melayu nak jatuhkan Melayu. Saya rasa sikap tu perlu tukar.

Mana sokongan? Kalau nak lebih ramai anak Melayu berjaya ni bukan sikap yang kita mahukan.

Bukan sahaja daripada aspek kesihatan, ramai juga yang mempertikaikan kandungan gula di dalam susu pisang ‘Nilofa’ yang dikatakan tinggi.

susu pisang nilofa

Membalas soal itu, Neelofa meminta pihak tersebut supaya membuat perbandingan sendiri dengan produk susu pisang yang lain.

Saya nak minta siapa yang pertikaikan beli susu di luar sana bandingkan dengan (susu) Nilofa.

Setakat ni antara susu pisang jenama lain di Malaysia kami punya kandungan paling rendah iaitu 9.5 gram berbanding lain yang kebanyakannya adalah 10 dan 11 gram.

Biasalah, pasti ada halangan apabila berkecimpung dalam dunia perniagaan. Bertabah Neelofa!

Sumber: MalaysiaKini