Written by Bella | March 8th, 2018

Demi menghargai dan mengotakan janji untuk menjemput sebanyak 5,000 orang peminat bertuah untuk hadir ke majlis resepsi khas Ahad ini, pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura sudah pun mengedarkan kad jemputan buat peminat mereka.

Pasangan itu memuat naik foto kad jemputan berwarna biru dan putih di akaun Instagram masing-masing tengah hari tadi.

Tentunya peminat mereka begitu teruja dan gembira dengan jemputan tersebut. Ramai yang tidak sabar untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka dan berkesempatan untuk beramah mesra dengan Fattah dan Fazura.

Kami tidak dapat bayangkan betapa meriahnya majlis mereka nanti. Tentu ramai peminat yang sanggup beratur untuk mengambil gambar dan mengabdikan kenangan bersama artis pujaan mereka. Bagusnya Fattah dan Fazura kerana sayang dan hargai peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjaya mereka.

Written by Bella | March 6th, 2018

Bagi melunaskan janji untuk meraikan dan berkongsi rasa gembira sempena majlis perkahwinan mereka, pasangan Fattah Amin dan Fazura akan mengadakan majlis resepsi khas buat peminat Ahad ini.

Difahamkan, seramai 5,000 peminat bertuah akan diundang ke majlis tersebut yang berlangsung di Royala Palace, Shah Alam. Ia adalah hari untuk menghargai peminat yang sering menyokong Fattah dan Fazura selama ini.

Kami mengundang seramai 5,000 peminat untuk sama-sama memeriahkan majlis resepsi kali ini. Acara akan berlangsung pada sebelah siang dan dibahagikan kepada dua sesi bagi memudahkan semua pihak.

Kami juga akan cuba sedaya upaya memuaskan hati peminat yang hadir. Memang menjadi hasrat kami untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya dan isteri, selama ini.

Terdahulu, pasangan ini mengadakan majlis resepsi perkahwinan yang cukup meriah dengan tema “fairy tale” di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Majlis tersebut diadakan khas untuk keluarga,teman rapat serta rakan artis kedua-dua belah pihak.

Wah, nampaknya Fattah dan Fazura tidak mahu mengecewakan hati peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan kepada mereka. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar. Pasangan ini boleh jadi contoh kepada selebriti lain untuk sentiasa menghargai peminat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 5th, 2018

Sudah empat bulan mendirikan rumah tangga bersama aktres jelita, Fazura, pelakon Fattah Amin memberitahu beliau sangat bahagia dan jatuh cinta terhadap isterinya setiap hari. Luahan kata-kata romantis itu dimuat naik oleh Fattah menerusi akaun Instagramnya.

Fattah turut menyifatkan ia adalah satu kejaiban daripada Allah SWT apabila dipertemukan dengan Fazura iaitu cinta sejati buat dirinya.

Bukan itu sahaja, Fazura juga seorang isteri yang hebat dan berjaya mengubah dirinya kepada seorang lelaki yang lebih baik dan betapa bertuahnya beliau dapat memiliki pelakon wanita itu sebagai peneman hidup.

Luahan cinta Fattah itu mendapat perhatian peminatnya yang mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia dan romantis seperti ini sehingga ke akhir hayat mereka. Malah, Fazura juga memberikan respon agak terharu dengan kata-kata suaminya itu.

Memang indah sebenarnya jika sudah merasai apa itu makna sebuah perkahwinan. Seperti yang lain, kami juga mendoakan agar pasangan ini dapat kekal sehingga ke syurga.

Written by Bella | March 1st, 2018

Umum mengetahui pasangan romantis Fazura dan Fattah AMin telah pun melangsungkan majlis resepsi mereka dengan tema “fairy tale” minggu lalu di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Ramai yang memuji betapa indahnya majlis mereka.

Fattah tampak sangat kacak ibarat Putera Raja dan Fazura begitu cantik dan anggun sekali sama seperti Cinderella.

Terbaru, Fazura telah membuatkan peminatnya merasa teruja apabila berkongsi video sekitar majlis resepsi perkahwinannya di akaun Instagram beliau.

Tidak boleh dinafikan lagi pasangan ini memang sepadan dan sangat manis bersama.