April 11th, 2019

Kemeriahan hari bahagia pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz sehingga hari in masih lagi menjadi bualan ramai.

Rata-rata netizen gembira melihat kemesraan pasangan ini, jelas terpancar sinar cinta mereka yang hangat membara.

Baru-baru ini, Fasha ada berkongsi video majlis resepsi perkahwinannya dengan konsep ala kampung penuh adat tradisional Melayu di kampung halaman Aidil diĀ  Rembau, Negeri Sembilan.

Siapa sangka, rata-rata netizen yang menonton video berkenaan menitiskan air mata kerana terasa sungguh syahdu melihat kebahagiaan Fasha dan Aidil.

Bila tonton video Fasha, memang dapat rasa kebahagiaan dan kasih sayang. Semoga pasangan ini kekal sehingga ke syurga.

Advertisement
April 8th, 2019

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis bertandang pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang diadakan di kampung halaman pengantin lelaki di Rembau, Negeri Sembilan.

Menariknya, majlis tersebut bertemakan tradisional Melayu klasik dan pasangan pengantin turut diarak menaiki tandu.

Kemeriahan memang dirasai, ibarat pesta keramaian apabila seluruh penduduk di kampung turut hadir meraikan Fasha dan Aidil.

Malah, pasangan pengantin mengikut adat terdahulu dimana mereka turut bergotong-royong mencuci periuk dan kuali selepas majlis kenduri berakhir.

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar kemeriahan majlis bertandang Fasha dan Aidil mengikut adat melayu lama dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Project Two-Pi, CST Production & Black Pepper Production

Advertisement