Written by Bella | November 16th, 2015

Pada hari Sabtu lepas, Fouziah Gous dan suami telah mengadakan satu majlis doa selamat dan juga baby shower bagi meraikan cahaya mata pertama mereka yang bakal lahir tidak lama sahaja lagi.

Meskipun hanya merencana untuk membuat doa selamat sahaja pada awalnya, rezeki nampaknya semakin luas buat Fouziah selepas ada pihak yang tampil untuk menaja majlis baby shower tersebut.

Bertemakan warna putih, majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan kehadiran keluarga, rakan terdekat serta rakan artis.

Untuk tatapan anda semua, kami sertakan beberapa lagi kemeriahan sekitar majlis doa selamat serta baby shower Fouziah Gous dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit Foto: Muhammad Zameer