March 7th, 2012

Sekali tengok memang tak kenal. Dua kali tengok pun tak kenal jugak. 3 kali tengok, Abang Nara dah putus harapan nak tahu siapakah yang menghiasi muka depan majalah E&F isu 5 ini. Nasib baik ada tertera nama Alyah dan Siti Saleha. Kalau tak memang kempunan nak tahu siapakah awek 2 orang yang bergaya ala filem Avatar ini.
siti saleha

Memang ini adalah antara cover yang paling unik Abang Nara pernah tengok untuk majalah. Lain daripada yang lain. Kagum pun ada, pelik pun ada, misteri pun ada. Kira perasaan bercampur-baur la. Namun Abang Nara tabik kepada kreativiti editor majalah E&F ini kerana berani membuat pembaharuan.

Apa pun anda boleh membaca majalah ini secara online di www.wuuhuuonline.com.