Written by AbangNara | June 29th, 2011

Hidup Abang Nara memang sentiasa sibuk, sibuk dan sibuk gila. Kadang-kadang seharian tak dapat nak menonton rancangan TV kegemaran. Tetapi sejak kehadiran Astro B.yond PVR dalam hidup Abang Nara, memang Abang Nara tak pernah miss rancangan-rancangan kegemaran. Ini bukan propa tapi betul-betul kenyataan.

astro pvr

Selaku penulis blog hiburan sudah tentulah Abang Nara kena tengok rancangan-rancangan hiburan macam Mentor, Akademi Fantasia, Maharaja Lawak dan drama-drama kat TV untuk update info-info terkini. Ok korang akan kata kalau termiss rancangan tue boleh tengok kat Youtube je. Tapi feel tengok kat TV memang beza dengan tengok kat Youtube. Lagi-lagi kalau internet slow tahap siput babi.

Kadang-kadang kalau hari Jumaat time Maharaja Lawak on air Abang Nara tak sempat nak tengok sebab pergi main game Dota dengan kawan-kawan (time bujang dulu). Hari Sabtu Ahad pun macam tue gak. Kadang-kadang ada event sampai terlepas rancangan Mentor, AF dan Cerekarama. Tapi Abang Nara tak gusar sebab Abang Nara tau Cik Nara dah rakamkan semua rancangan tue guna Astro B.yond PVR.

astro pvr

So hari Ahad Abang Nara akan bangun awal pagi dan layan rancangan-rancangan yang telah dirakam. Cara nak rakam tue senang sangat sampai mak mertua Abang Nara pun dah pandai guna dah sekarang. Seronok jugak bila berkumpul ramai-ramai di pagi Ahad dan gelak sama-sama sambil tengok Maharaja Lawak. Terasa macam family gathering pulak.

Oh by the way Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Eyriqazz sebab menang pertandingan Astro B.yond PVR dan dapat pergi trip ke Kota Kinabalu. Serius jeles. Tapi tak apalah, sebab Abang Nara pun dah selamat pergi dan balik dari Korea berhoneymoon. So tak berapa jeles sangat.

Yang penting sekarang Abang Nara nak layan final Maharaja Lawak yang telah dirakam oleh mak mertua kesayangan guna Astro B.yond PVR. Terima kasih mak mertua dan terima kasih Astro B.yond PVR.

Written by AbangNara | June 17th, 2011

Sepah memang hebat. Itu sahaja yang mampu Abang Nara katakan apabila melihat persembahan mereka minggu ini. Sentiasa konsisten dengan lawak-lawak Melayu mereka, sekali lagi Sepah tidak menghampakan jutaan peminat mereka. Berdasarkan persembahan minggu ini, Abang Nara rankingkan Sepah nombor 1, diikuti oleh Jozan, Nabil, Jambu dan R2.

Hanya R2 sahaja yang tidak layak ke final minggu hadapan. Pada mulanya Jambu turut terkeluar tetapi pihak juri menggunakan immuniti untuk memasukkan kembali Jambu sekaligus memastikan kelibat Jambu di final. Bagi Abang Nara, lawak Jambu setiap minggu semakin kureng. Mungkin lawak yang sama diulang-ulang berkali-kali kot.

Layankan lagi video persembahan Maharaja Lawak minggu 12 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Apa pun, orang Johor memang sporting dan meriah habis.

 
Written by AbangNara | June 11th, 2011

Ini baru Jozan yang sebenar. Terbaik wok dari ladang kelapa sawit Felda Tengah. Mantap gila. Nanti Abang Nara update video-video yang lain. Layan dulu lawak Jozan.

UPDATE: Baca entri ini sepenuhnya untuk melihat kesemua video persembahan peserta Maharaja Lawak minggu 11.

 
Written by AbangNara | June 2nd, 2011

awek kumpulan jambu

Memang betullah kata orang yang awek-awek senang jatuh cinta dengan lelaki kelakar. Tengok Salih Yaakob pun dah cukup dah buktinya. Sampai kahwin 4 tue. Kali ini, Taukey daripada kumpulan Jambu pun tak kurang hebat jugak kekasih hatinya. Memang Taukey muka legend tapi hati cute sungguh!!!

Lagi beberapa keping gambar Taukey dan kekasih hatinya dengan membaca entri ini sepenuhnya.